Perkara tersebut sering menjadi dilema buat mereka yang ingin melancong ke negara asia barat itu.

Hakikatnya, Dubai menyediakan pelbagai destinasi menarik yang pengalamannya tidak boleh didapati di mana-mana lokasi pelancongan di negara lain.

Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Perdagangan Dubai (Dubai Tourism) kali ini berkongsi beberapa buah lokasi dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tempoh percutian anda di sana.

Alami pengembaraan yang menarik di taman tema - Anda boleh membawa seisi keluarga ke Dubai Parks and Resorts mempunyai lebih daripada 100 jenis permainan dan tarikan di dalam dan di luar di ketiga-tiga taman tema iaitu MOTIONGATETM Dubai, Bollywood Parks Dubai, Legoland Dubai dan Legoland Waterpark

WILD
Wild Wadi Waterpark

Selain itu, anda tidak seharusnya melepaskan peluang mengunjungi salah satu taman tema air yang terhebat di dunia, Wild Wadi Waterpark yang bertemakan watak Arab klasik, Juha. Ia juga mempunyai 30 permainan dan tarikan yang popular termasuk Jumeirah Sceirah, Burj Surj, Tantrum Alley, dan Wipeout & Riptide Flowriders

Berkelah di padang pasir dan menikmati aktiviti-aktiviti Emiriah - Jika anda suka berkelah dengan gayah mewah seperti di resort, Platinum Heritage dan Arabian Adventures adalah lokasi terbaik. Antara aktiviti menraik di situ ialah menunggang unta, memandu kenderaan pacuan empat roda (4X4) di padang pasir, menaiki belon udara panas serta berpeluang meluncur pasir menggunakan wakeboard.

CAMP
Platinum Heritage dan Arabian Adventures

Mendekati hidupan liar di Dubai - Dubai Safari Park 2,500 yang mempunyai lebih 250 spesies haiwan ialah tempat yang terbaik untuk mereka yang sangat suka dengan hidupan liar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Asian Village, African Village dan Open Safari Village yang mencipta semula habitat hidupan liar. Antara hidupan liar yang ada di sana ialah kijang Afrika, rusa, kucing Arab liar (Gordon’s wildcat) dan banyak lagi. 

Bersantai di bawah cahaya matahari di pantai-pantai sekitar Dubai - Buat mereka yang gemarkan percutian pantai, La Mer ialah lokasi terbaik kerana menawarkan pemandangan latar belakang langit bandar dan Teluk Arab. Pengunjung berpeluan mengambil gambar bangunan ikonik, Burj Al Arab, dan terus ke Sunset Beach untuk menikmati pemandangan hotel paling mewah di dunia.

LAMER
Pantai La Mer

Untuk menempah tiket penerbangan dan penginapan yang murah dari syarikat penerbangan, agen pelancongan dan hotel, orang ramai boleh memuat naik aplikasi Visit Dubai.  

Aplikasi ini turut menawarkan pelbagai maklumat mengenai pelbagai lokasi di Dubai dan ia boleh di muat turun di AppleStore dan Google PlayStore. K! ONLINE