Misalnya, pusat Smart Reader Kids di seluruh negara menggunakan dan menggabungkan pendekatan pembelajaran moden yang dibangunkan oleh mereka yang profesional serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Terbaharu, Smart Reader Worldwide akan memperkenalkan sistem persekolahan yang inovatif iaitu Program Smart Kinder-Tech dan Sistem Pengurusan Pelajar Pintar.

Program Smart Kinder-Tech adalah sesi pembelajaran yang menakjubkan, menyeronokkan dan interaktif kerana ia menggunakan e-pembelajaran dan teknologi terkini untuk merangsang kelas yang lebih kondusif.

Sistem Pengurusan Pelajar Pintar pula adalah sistem inovatif yang digunakan di pusat Smart Reader Kids yang menawarkan platform sehenti untuk mengakses semua maklumat mengenai pelajar termasuk kehadiran, aktiviti dan pencapaian mereka.

Program-program tersebut direka secara teliti dan setiap daripadanya mengutamakan keseronokan dalam pembelajaran supaya kanak-kanak tidak bosan dengan apa yang dipersembahkan.

Persekitaran berasaskan teknologi baharu itu menggunakan sukatan pelajaran yang berstruktur dengan tumpuan holistik terhadap perkembangan kognitif, motor dan kemahiran sosial.

Selain dua program baharu yang berasaskan teknologi berkenaan, Smart Reader Worldwide turut menawarkan program-program seperti kelas fardu ain kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun.

Menurut francaisi Smart Reader Kids Jalan Arau-Kodiang, Perlis, Alias Ayob, program yang disediakan itu dapat membantu keupayaan kanak-kanak untuk belajar dan memahami Islam dengan lebih baik.

Maklum balas positif

“Program Smart Reader Kids Islamic adalah pilihan nombor satu ibu bapa. Kami menerima maklum balas yang positif daripada ibu bapa selepas mereka melihat penambahbaikan dan perkembangan yang dipamerkan oleh para pelajar kami.

“Saya juga berasa bangga apabila ada kanak-kanak berusia tiga tahun di pusat ini dapat membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, Pengetua Smart Reader Kids Taman Sri Hartamas, Manggayar Karasi Balakrishnan pula berkata, program Smart Reader Kids Islamic telah dibangunkan oleh ahli-ahli al-Quran dan Sunnah berpengalaman dari Masjid Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Melalui sistem persekolahan inovatif dan program islamik ini, ia menunjukkan komitmen Worldwide Smart Reader dalam memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan terbaik,” terangnya.

Smart Reader Kids akan mengadakan Hari Terbuka pada 1 September 2018 mulai pukul 2 hingga 6 petang.

Ibu bapa dialu-alukan untuk menghadiri salah satu daripada 300 cawangan Smart Reader Kids di seluruh negara untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut mengenai pusat itu.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-6279 5555 atau SMARTLine di 1300 885 555. Boleh juga terus ke laman web www.smartreader.edu.my atau Facebook dan Instagram @smartreaderworldwide.