Jurucakap PPE, Nur Aqidah Amran berkata, PPE yang mula dijual sejak 2015 itu mempunyai dua varian iaitu PPE For Him bagi pengguna lelaki dan PPE For Her untuk pengguna wanita.

Mengulas tentang PPE For Him, katanya, ia mempunyai 10 jenis bauan yang kini mendapat permintaan tinggi daripada kalangan pengguna.

“Bau PPE For Him sama seperti minyak wangi yang kami gunakan sebagai rujukan, malah baunya itu mampu bertahan sehingga 72 jam lamanya biarpun pakaian si pemakai telah dibasuh.

“Harga yang kami tawarkan juga berpatutan dan kompetitif iaitu RM40 bagi pasaran Semenanjung Malaysia dan RM45 (Sabah dan Sarawak),” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Nur Aqidah berkata, PPE For Her yang bersaiz 30 mililiter (ml) seperti PPE For Him pula mempunyai sehingga 30 jenis bauan yang digemari oleh pengguna ketika ini.

Menurutnya, kedua-dua produk berkenaan juga mesra wuduk dan pengguna tidak perlu bimbang untuk mengenakannya.

“Berkenaan bauan kedua-dua minyak wangi tersebut, kami sentiasa memantau trend terkini dalam pasaran kerana ia membolehkan kami mengemas kini katalog produk berkenaan.

“Ini kerana kami mahu menjadi pengeluar minyak wangi yang sentiasa menawarkan produk yang boleh memuaskan hati pengguna,” ujarnya.

Sementara itu, Nur Aqidah berkata, orang ramai yang ingin mencuba minyak wangi PPE boleh mendapatkan Pen Perfume by Perfume Paradise.

“Ia yang bersaiz sembilan ml dan berharga RM10 (Semenanjung Malaysia) dan RM12 (Sabah dan Sarawak) mempunyai kualiti sama seperti PPE For Him dan PPE For Her.

“Saiznya yang kecil juga membolehkan ia dibawa ke mana-mana sahaja oleh pengguna,” katanya yang juga memberitahu, mereka turut menjalin kerjasama dengan jurusolek terkenal, Bella untuk menghasilkan PPE by MUA Bella.

Katanya, PPE by MUA Bella menawarkan wangian yang dipilih sendiri oleh Bella dan ia telahpun berada di pasaran sejak bulan lalu.

“Lebih 5,000 unit minyak wangi tersebut telah berjaya dijual dalam tempoh dua minggu ia dilancarkan. Harganya sama seperti PPE For Him dan PPE For Her,” katanya.

Tambahnya, syarikatnya mula menawarkan produk minyak wangi yang dikenali sebagai Paradise Perfume sejak 2008 dan berikutan sambutan memberangsangkan diterima daripada pengguna, mereka menawarkan pula PPE.

“Dalam pada itu, kami juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan stokis produk PPE dengan modal serendah RM60. Hubungi kami di talian yang disediakan,” katanya.