MOS Nurtraceutical Sdn. Bhd. yang menyedari isu berkenaan memutuskan untuk menghasilkan beberapa rangkaian produk bagi membantu pengguna yang terjejas dengan masalah tersebut.

Pengasasnya, Ony Nurhusni Mahad Nor berkata, rangkaian produk berkenaan dinamakan sebagai Vitamin C Series by Annona (VCS).

Katanya, mereka menggunakan vitamin C sebagai bahan utama bagi ketiga-tiga produk di bawah jenama tersebut memandangkan ia mengandungi khasiat berguna untuk kulit.

“Terdapat tiga produk ditawarkan iaitu Vitamin C Serum yang berharga RM39 bagi botol bersaiz lima mililiter (ml) dan RM90 (15ml), Vitamin C Gentle Cleanser (60ml) pada harga RM39 dan Vitamin C Moisturising Cream with SPF30 (20 gram) yang berharga RM39.

“Semua produk berkenaan bebas bahan berbahaya seperti paraben dan ia boleh digunakan oleh pengguna lelaki serta wanita,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Ony Nurhusni berkata, Vitamin C Serum mempunyai pelbagai fungsi, antaranya membantu untuk memudarkan kesan parut, mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat serta menghaluskan liang pori.

Menurutnya, bukan itu sahaja, kandungan serum itu yang terdiri daripada gabungan buah-buahan seperti limau (citrus), glutathione, asid hyaluronik dan buah delima membuatkannya memiliki 10 kali kekuatan berbanding vitamin C daripada sumber limau semata-mata.

“Berbeza dengan kebanyakan serum lain di pasaran, serum itu adalah berasaskan air, menjadikannya mudah diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan tidak menyebabkan liang pori tersumbat.

“Ia juga tiada pewarna tiruan dan pewangi yang boleh meningkatkan iritasi kepada kulit sensitif,” katanya.

Sementara itu Ony Nurhusni berkata, Vitamin C Gentle Cleanser yang merupakan produk terbaharu keluaran syarikatnya pula menggunakan formula Skin Baby tanpa sodium lauryl sulfate (SLS) dan sodium laureth sulphate (SLES), sekali gus membantu kulit mengekalkan pH 5.5.

“Produk itu vitamin C daripada sumber limau dengan beberapa herba dan bunga terpilih iaitu ekstrak bunga evening primrose, bunga sakura, buah peach dan aloe vera.

“Kebanyakan pencuci muka biasa mungkin bersifat sedikit alkali yang mana ia boleh mengubah pH asal kulit sehingga menggangu keseimbangan lapisan pelindunggu kulit iaitu asid mantel lalu mencetuskan jeragat.

“Produk itu membantu mengekalkan pH kulit pada skala sihat di samping tiada
SLS dan SLES iaitu agen pembuih yang boleh meningkatkan kerengsaan pada kulit,” katanya. 
Ony Nurhusni juga berkata, Vitamin C Moisturising Cream with SPF30 pula dirumuskan dengan glucosidase ascorbyl iaitu vitamin C yang digabungkan dengan minyak argan, asid hyaluronik dan derivatif botani semula jadi.

Jelasnya, ia menawarkan perlindungan kulit yang lengkap dan dengan penggunaan harian yang berterusan, ia membantu untuk sekatakan tona kulit, melembapkannya, memudarkan parut, menambah sel kulit dan melindunginya daripada sinaran ultraungu (UV).

“Ia diolah dengan formulasi terkini serta berasaskan air dan ia tidak akan menyebabkan kulit muka berpeluh,” katanya.

Tambahnya, dia berharap agar orang ramai dapat didedahkan mengenai ilmu penjagaan kulit yang betul dan selamat, selain menyedarkan mereka betapa pentingnya untuk bersifat prihatin mengenai kandungan di dalam setiap produk penjagaan kulit dan solekan.