Pengarah Ameera Zikir ENT, Ameera Zikir berkata, produk pelembap berkenaan telah dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti yang dipercayai mempunyai khasiat berguna untuk orang ramai.

Jelasnya, antara bahan yang digunakan adalah 100 peratus ekstrak aloe vera, buah-buahan serta vanilla planifolia.

Menurutnya, MSVP dirumus dengan bahan-bahan tersebut kerana dia percaya kesemua material berkenaan merupakan bahan terbaik dalam mengatasi pelbagai masalah seperti jerawat, penuaan dan bibir kering.

"Bagi orang ramai yang mempunyai masalah seperti jerawat dan jeragat, gunakanlah MSVP kerana ia boleh membantu mereka untuk mengatasi masalah tersebut.

"Antara fungsi MSVP adalah ia membantu pengguna untuk menjadikan kulit wajah dan bibir tampak lebih bermaya, melembapkan kulit, mengurangkan masalah jerawat serta bersifat antipenuaan," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ameera berkata, selain itu, produk berkenaan juga membantu untuk mengurangkan kesan parut pada kulit pengguna, mencerahkan kulit serta melindunginya daripada sinar ultraungu (UV).


AMEERA bersama produk MSVP keluaran syarikatnya.

Menurutnya, MSVP juga mempunyai tekstur yang ringan, sekali gus menjadikan ia mudah diserap oleh kulit malah produk tersebut juga tidak berminyak.

"MSVP yang bersaiz 10 mililiter (ml) dijual pada harga mampu milik kerana saya mahu memastikan semua golongan pengguna mendapat akses kepada produk berkenaan iaitu pada harga RM39 sahaja.

"Saya rasa bertanggungjawab setelah melihat masalah bibir dan wajah yang dihadapi oleh segelintir golongan masyarakat. Justeru, produk ini telah dihasilkan khusus bagi pengguna," katanya.

Ameera berkata, MSVP yang boleh digunakan oleh semua golongan tidak kira lelaki mahupun wanita boleh dijadikan sebagai asas solekan kerana ia bersifat mesra alat solek.

Ujarnya, orang ramai boleh menggunakan produk berkenaan pada waktu siang atau malam sebelum tidur, bergantung kepada keselesaan pengguna.

"MSVP juga menjimatkan wang pengguna kerana ia boleh bertahan sehingga sebulan lamanya," katanya yang turut memberitahu, mereka membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen atau stokis dengan modal serendah RM160 sahaja.