Menyedari senario tersebut, syarikat pengeluar dan pengedar produk kosmetik bumiputera, V'asia menghasilkan set solekan ringkas khas untuk golongan wanita yang tidak mempunyai masa untuk bersolek tanpa perlu mengambil masa yang lama dengan hasil yang menawan.

Pengasas V'Asia, Datuk Azril Mohd. Radzi berkata, Set Solekan Ringkas V'Asia mengandungi produk kosmetik seperti Gold Beauty Foundation, 24K Bedak Ratu, Maharani Eyeliner, Lebat Lentik Mascara dan 24K Magic Lipstick yang dapat melengkapkan solekan pengguna seterusnya menyerlahkan keanggunan serta kejelitaan wajah sepanjang hari.

"Menariknya, set solekan ringkas tersebut berperanan dalam menjadikan penampilan pengguna lebih anggun, muda dan menawan selain memelihara kecantikan dan keremajaan kulit wajah.

"Ia juga amat sesuai untuk kegunaan solekan harian tidak kira untuk ke pejabat mahupun majlis-majlis tertentu serta dilengkapi dengan produk asas kosmetik bagi menaikkan seri wajah," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambah Azril, setiap pembelian set solekan ringkas tersebut, pengguna akan mendapat travel bag secara percuma bagi memudahkan mereka membawa set solekan tersebut ke mana-mana sahaja.

Setiap set solekan ringkas V'Asia didatangkan dengan produk kosmetik seperti Gold Beauty Foundation yang mana ia mengandungi SFP40 yang dapat melindungi kulit daripada siran ultra violet (UV) selain berfungsi menutup kesan cela, parut, kedutan dan jeragat pada wajah pengguna.

"Gold Beauty Foundation yang diformulasi dan kaya dengan kolagen merupakan sumber protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman.

"Ia mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menyeimbangkan kandungan protein dalam badan serta mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit. Kolagen juga bersifat antioksidan dan berupaya memelihara keanjalan dan keremajaan kulit di samping mempercepatkan proses pemulihan luka pada kulit," ujarnya.

Bagi 24K Bedak Ratu yang terdapat dalam set solekan ringkas V'Asia, ia bertindak sebagai two-way cake (bedak padat dan bedak asas) yang berfungsi menutup kesan cela seperti jerawat, jeragat, parut dan bintik-bintik hitam.

Ia juga berperanan mengurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus pada wajah selain membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit sepanjang masa tanpa menghalang liang-liang pori tersumbat.

"Maharani Eyeliner pula dihasilkan bagi menjadikan mata anda lebih menawan selain mencantikkan bulu mata dan mampu bertahan lama serta sifatnya yang kalis air selain berperanan membantu melentik, memanjang dan menebalkan bulu mata pengguna.



SET Solekan Ringkas V'Asia sesuai untuk semua lapisan umur.

"Bagi 24K Magic Lipstick pula, ia berupaya menyerlahkan warna bibir anda mengikut suhu badan dan warna darah selain berfungsi memelihara kelembapan bibir serta mengatasi masalah bibir yang gelap, kering dan mudah mengelupas," ujarnya yang menyatakan set solekan ringkas tersebut ditawarkan pada harga RM65.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM67.90 (Sabah dan Sarawak).

Dalam pada itu, untuk kesan berganda, V'Asia turut menawarkan rangkaian solekan urban yang merupakan rahsia solekan semula jadi golongan wanita pada masa kini.

Menurut Azril, solekan urban tersebut didatangkan dengan tiga jenis produk kosmetik seperti Glow Face Collagen Foundation, Fiber Mascara dan Matte Lips Collagen Lipstick.

"Bagi Glow Face Collagen Foundation, ia merupakan krim asas yang didatangkan dengan dua warna iaitu narutal white dan sandy beige bagi membantu menutup cela di samping melindungi kulit wajah dari pada sinaran matahari.

"Fiber Maskara pula memberikan kemasan double ended maskara dengan formulasi 2 dalam 1 untuk membantu memberi kesan berpanjangan dan lebat serta merta," ujarnya yang turut menyatakan produk kosmetik Matte Lips Collagen Lipstick pula berperanan menganjal dan melembapkan bibir yang bermasalah dengan lima pilihan warna yang ditawarkan.

Menurut Azril, pengguna tidak perlu bimbang dan was-was untuk menggunakan produk keluaran V'Asia kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Untuk mendapatkan rangkaian produk keluaran V'Asia, orang ramai boleh mengunjungi toko-toko jamu berhampiran atau melalui pembelian atas talian seperti Lazada dan Shopee.