Sebuah syarikat tempatan, Nafflah Collection yang sedar tentang khasiat terkandung pada bahan berkenaan menggunakannya sebagai antara rumusan utama bagi dua produk keluaran mereka di bawah jenama Sugar Gold Malaysia.

Pengasasnya, Noorizraina Mohd. Izham berkata, dua produk tersebut ialah Sugar Gold Facial Wash Cleanser dan Sugar Gold Luxury Beauty Oil.

Mengulas tentang Sugar Gold Facial Wash Cleanser, dia berkata, ia yang sesuai digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita mengandungi pelbagai khasiat untuk kulit wajah.

“Antara kebaikan produk pencuci wajah tersebut adalah ia berfungsi sebagai antijerawat, membantu mencerahkan wajah, malah sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai wajah kusam serta tidak bermaya.

“Selain itu, ia juga sesuai digunakan pada semua jenis kulit. Produk bersaiz 100 mililiter dan boleh bertahan antara dua hingga tiga bulan itu boleh dibeli pada harga promosi iaitu RM39 sahaja,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Noorizraina berkata, Sugar Gold Luxury Beauty Oil pula mengandungi pelbagai khasiat daripada bahan-bahan organik bermutu seperti kepingan emas 24K, buah zaitun, minyak badam manis, rosemary, rosehip dan minyak argan.

Dia memberitahu, produk berasaskan minyak tersebut membantu untuk merawat kulit secara semula jadi dan ia boleh mengurangkan kesan parut, jerawat, merawat kulit kusam dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan melembapkannya.

“Kebaikan yang terkandung dalam Sugar Gold Luxury Beauty Oil menjadikan ia antara produk pilihan jurusolek tempatan kerana selain khasiat tersebut, ia juga boleh digunakan sebagai asas solekan.

“Ia boleh bertahan pada wajah selama 24 jam dan minyak berkenaan tidak akan menjadikan solekan bercapuk-capuk. Produk itu juga boleh disapukan pada bibir kering.

“Sugar Gold Luxury Beauty Oil bebas bahan berbahaya dan alkohol, malah turut bersifat mesra wuduk,” katanya yang turut memberitahu, pengguna boleh mendapatkannya pada harga promosi iaitu RM69.

Sementara itu, Noorizraina berkata, syarikatnya turut menawarkan kombo Sugar Gold Facial Wash Cleanser dan Sugar Gold Luxury Beauty Oil pada harga RM99 termasuk kos penghantaran.

Menurutnya yang mengusahakan perniagaan bersama kakaknya, Noorizlea, kedua-dua produk tersebut boleh digunakan oleh golongan lelaki dan wanita.

“Kami menghasilkan produk berkenaan kerana mahu rakyat negara ini menggunakan produk keluaran tempatan yang memiliki kualiti setanding dengan jenama antarabangsa, namun berharga mampu milik.

“Orang ramai boleh menghubungi kami untuk menjadi ejen Sugar Gold Malaysia yang kini turut berada di pasaran Singapura dan Brunei,” katanya.