Justeru, Jamu Jelita ingin membantu wanita di luar sana untuk tampil lebih yakin dengan sentuhan solekan yang sederhana, namun mampu menyerlahkan aura seri pada wajah seorang wanita.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, mereka menawarkan Jelita Make-Up Set - 4 Dalam 1 yang mudah digunakan pada setiap hari, malah cuma memerlukan masa singkat untuk dikenakan.

Katanya, ia sekali gus menjadikan set solekan itu sesuai digunakan oleh wanita yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian yang padat.

"Istimewanya, set solekan itu dijual dengan harga yang sangat berpatutan dan ia mengandungi empat produk. Pertamanya, ia didatangkan dengan Pearl Whitening Magic Foundation, iaitu krim pencerahan yang bertindak sebagai asas solekan, pelindung daripada sinar ultraungu (UV) dan menutup cela serta memberikan kesan gebu pada kulit wajah.

"Kedua, set itu turut didatangkan dengan Celak Balqis yang berwarna hitam pekat dan senang digunakan. Ia menjadikan mata lebih galak, malah celak itu bersifat kalis air," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Siti Maryam berkata, Jelita Make-Up Set - 4 Dalam 1 juga mengandungi Gunci Mungil Glossy Collagen Treatment yang berfungsi membantu menjadikan bibir pengguna lebih mungil secara semula jadi.

Menurut beliau, ia juga mengikut warna darah dan suhu badan serta dapat membantu melembap, mencerah dan melindungi bibir daripada kehitaman, kering serta menggelupas.

"Volumaxx Mascara pula berfungsi melentikkan bulu mata secara maksimum, malah ia turut menjadikannya kelihatan lebih panjang dan lebat," katanya yang turut memberitahu, ia juga mudah dipakai.

Beliau berkata, Jelita Make-Up Set dijual pada harga RM60 di Semenanjung Malaysia dan RM62 di Sabah dan Sarawak.

Bukan itu sahaja, katanya, semua produk tersebut juga boleh dibeli secara berasingan iaitu RM26.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM28.90 (Sabah dan Sarawak) bagi Pearl Whitening Magic Foundation serta RM14.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM16.90 (Sabah dan Sarawak) bagi Celak Balqis.

Selain itu, katanya, Volumaxx Mascara dijual pada harga RM18.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM20.90 (Sabah dan Sarawak) serta RM21.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM23.90 (Sabah dan Sarawak) bagi Gincu Mungil.



Penampilan wanita tampak lebih berseri selepas menggunakan Jelita Make-Up Set.

Sementara itu, Siti Maryam berkata, kesibukan selalunya dijadikan alasan untuk tidak melakukan penjagaan wajah dengan sempurna oleh pengguna.

Menurutnya, ada juga yang menganggap faktor hormon adalah punca utama masalah kulit wajah sedangkan faktor jangkitan kotoran dan kulit yang tidak diberikan perhatian adalah punca kulit wajah bermasalah.

"Dengan rumusan khas terbaik dalam set lengkap tiga dalam satu Set Putih Mulus, anda mampu merawat kulit wajah seperti rawatan muka di salun kecantikan cuma di rumah.

"Set Putih Mulus mengandungi tiga produk asas iaitu Sabun Seri Wajah yang bertindak menyingkirkan kotoran sehingga ke liang pori pada wajah, sekali gus menanggalkan solekan.

"Sementara itu, BB Silky Day Cream berfungsi sebagai krim siang, pelindung daripada sinar UV dan asas solekan. Putih Salju Night Cream pula digunakan pada waktu malam untuk memperbaiki sel kulit dan membantu mendapatkan tona kulit wajah yang lebih sekata," katanya.

Siti Maryam berkata, Set Putih Mulus juga membantu melembapkan kulit yang kering, mengurangkan kesan berminyak, menghalang pembentukan jerawat, memudarkan bintik hitam dan jerawat, selain menganjal dan mengurangkan garis halus dengan berkesan.

"Untuk kesan berganda, gunakan set tersebut bersama Serum Awet Muda dan Glutathione Toner Pencerah yang dijual secara berasingan.

"Atasi masalah kulit dengan Pearl White Set Putih Mulus dengan harga yang mampu milik iaitu RM55.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM58.90 (Sabah dan Sarawak)," katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan rangkaian produk Jamu Jelita di toko jamu dan kiosk seluruh Malaysia termasuklah secara atas talian di Lazada, 11street dan Shopee.

"Pengguna juga boleh menghubungi kami di 03-3359 9872/873 atau WhatsApp ke 013-353 5753 untuk konsultasi percuma, selain mengikuti kami di Instagram @jamujelita.official dan Facebook Jamu Jelita," katanya.