Menurut Che Munirazlina, terdapat tiga produk yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan tersebut iaitu Serum Botoq, Supreme Facial Cleanser dan Sleeping Mask.

Ujarnya, orang ramai tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk Lemira Beauty kerana ia dirumus menggunakan sepenuhnya bahan-bahan semula jadi, justeru ia selamat diamalkan oleh pengguna.

“Satu daripada produk yang boleh digunakan oleh pengguna tanpa mengira jantina mereka ialah Serum Botoq. Ia sesuai diamalkan pada semua jenis permukaan kulit.

“Bagi wanita yang mengejar masa, serum itu sesuai diamalkan kerana ia mudah untuk digunakan, sekali gus menjimatkan masa mereka. Pengguna juga tidak perlu mengenakan solekan tebal sekiranya menggunakan Serum Botoq,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Che Munirazlina memberitahu, ia juga boleh digunakan pada waktu malam, justeru memudahkan proses penjagaan wajah kerana pengguna tidak perlu mengenakan pelbagai jenis krim sebelum tidur.

Katanya, antara khasiat Serum Botoq adalah mengurangkan kedutan, jerawat, jeragat serta parut pada wajah, selain membantu menegangkan kulit pengguna.

“Pengguna boleh mendapatkan kesannya setelah 14 hari menggunakan serum tersebut secara konsisten,” katanya yang turut memberitahu, produk itu mengandungi khasiat daripada ekstrak semambu, pegaga, arbutin, madu serta vitamin C dan E.

Ujarnya, produk berasaskan air itu juga sesuai diamalkan mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, malah bersifat mesra wuduk, mudah meresap dan tidak melekit.

“Ia yang bersaiz 20 gram (g) dijual pada harga RM75 di Semenanjung Malaysia dan RM80 (Sabah dan Sarawak),” katanya.

Sementara itu, Che Munirazlina berkata, orang ramai juga boleh mendapatkan Supreme Facial Cleanser yang dijual pada harga RM39 (Semenanjung Malaysia) dan RM43 (Sabah dan Sarawak).

Antara kebaikan produk itu, menurutnya, adalah memudahkan proses menanggalkan solekan, jadi wanita yang sering mengenakan solekan digalakkan untuk menggunakan Supreme Facial Cleanser.

“Antara kandungan pencuci wajah tersebut adalah ekstrak delima yang dipercayai mengandungi khasiat berguna untuk kulit. Produk itu juga mempunyai fungsi sebagai pelembap kulit wajah,” katanya.

Sleeping Mask pula, ujar Che Munirazlina, boleh digunakan sebagai pengganti krim malam dan ia membantu untuk mengurangkan kedutan, garis halus dan jeragat pada wajah.

Selain itu, katanya, produk berkenaan diperkaya dengan khasiat daripada sel stem, vitamin B3 serta ekstrak delima, sekali gus membantu pengguna mendapatkan kulit yang lembap.

“Ia yang merupakan produk berasaskan air dijual pada harga RM83 (Semenanjung Malaysia) dan RM83 (Sabah dan Sarawak).

“Orang ramai yang ingin menjadi ejen atau stokis pula boleh menghubungi talian yang disediakan,” katanya.