Masalah seperti kulit kusam, kesan jerawat dan jeragat yang ketara dan tona kulit tidak sekata merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh golongan wanita termasuk lelaki di negara ini.

Pengasas Layra Beauty, Ani Noor Mohamad berpendapat, kesihatan dan kecantikan wanita bukan sahaja diukur dari aspek dalaman malahan luaran seperti kulit wajah yang cantik, gebu dan mulus.

Menurutnya, dia mengambil masa lebih daripada setahun melakukan penyelidikan dan pembangunan ke atas produk keluarannya sebelum dipersetujui formula dan seterusnya dipasarkan kepada khalayak.

"Advanced Serum Laser merupakan produk khas yang berperanan untuk merawat pelbagai masalah kulit terutama dalam kalangan wanita untuk tampil lebih berkeyakinan dan berketrampilan selain menegangkan kembali kulit.

"Rumusan utama yang kami gunakan diformulasi daripada bahan-bahan seperti ekstrak buah marula yang hanya terdapat di Maghribi dan benua Afrika, omega 3, minyak argan, serbuk emas 24K dan beberapa kandungan lain yang diperkaya dengan pelbagai manfaat tersendiri," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambahnya, seawal satu minggu penggunaan, kulit muka akan berubah menjadi lebih berseri-seri selain berperanan dalam mengecutkan jerawat dan jeragat yang terdapat pada wajah serta bertindak sebagai agen awet muda serta penuaan.

Menariknya, serum berharga RM69 di Semenanjung Malaysia dan RM75 di Sabah dan Sarawak itu dirumus khas menggunakan 100 peratus bahan-bahan organik dan semula jadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia terlarang mahupun pewarna tambahan.

Serum tersebut juga sesuai diamalkan oleh wanita mengandung dan ia turut berfungsi sebagai bahan pelembap kepada solekan asas sekali gus mengekalkan keseimbangan solekan kerana sifat minyak marula yang menyerap lebih jauh ke dalam kulit.

Jelas Ani, serum yang didatangkan di dalam botol bersaiz 20 mililiter (ml) itu amat sesuai digunakan oleh pengguna tanpa mengira lapisan umur termasuklah lelaki dan kanak-kanak tanpa mengira jenis kulit.

Katanya, bergantung kepada cara penggunaan seseorang, serum itu boleh bertahan antara dua hingga tiga bulan lamanya selain mesra solat dan boleh dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang kompak dan ringan.

"Seperti yang kita tahu, buah marula merupakan bahan yang digunakan sejak turun temurun lamanya dalam dunia kecantikan dan kesihatan serta dipercayai 60 peratus lebih efektif berbanding bahan-bahan terkemuka lain.



24k Gold Drsoapskinbar turut mendapat permintaan tinggi pengguna di pasaran.

"Bukan sahaja berperanan menganjal dan melembutkan kulit, Advanced Serum Laser keluaran Layra juga berperanan mengecilkan liang-liang pori pada wajah serta mengembalikan semula kesegaran pada kulit," ujarnya yang menyatakan serum tersebut sesuai untuk digunakan dua kali sehari.

Dalam pada itu, Layra Beauty turut menawarkan 24K Gold Drsoapskinbar yang amat sesuai digunakan bersama Advanced Serum Laser dan berperanan membantu merawat masalah kulit pengguna yang rosak akibat tersalah mengguna produk lain serta mengandungi bahan merkuri tinggi.

Menurutnya, Drsoapskinbar merupakan sabun seberat 55 gram yang berperanan dan membantu memutihkan kulit pengguna selain melembutkan dan melicinkan serta menanggalkan sel-sel kulit mati yang diformulasi daripada makanan sunah seperti habbatus sauda.

Sabun tersebut juga membantu pengguna mengembalikan semula tona kulit tidak sekata selain sesuai diaplikasikan kepada semua jenis kulit termasuk yang sensitif dan kering kerana bahannya yang tinggi dengan sumber vitamin C dan kolagen.

Menurut Ani lagi, pengguna tidak perlu was-was untuk menggunakan produk keluaran Layra Beauty kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Layra Beauty turut menyasarkan jualan melebihi 10,000 unit menjelang 2018 dan pengambilan ejen masih dibuka untuk mereka yang berminat.

Bagi mendapatkan produk keluaran Layra Beauty dan berminat untuk menjadi ejen, boleh menghubungi 012-624 1175 atau 017-672 2047.