Menyedari tentang isu tersebut, De'Laila Perfect Scent yang merupakan sebuah syarikat tempatan menawarkan produk penjagaan rambut bagi pengguna wanita serta lelaki iaitu Hair Mist.

Pengasasnya, Laila Osman berkata, produk tersebut didatangkan dengan dua wangian yang dinamakan Sweety dan Lovely.

Beliau menjelaskan, produk semburan itu mempunyai pelbagai fungsi berguna untuk rambut, antaranya membantu menyubur, melambatkan proses uban serta mewangikan rambut pengguna.

Katanya, Hair Mist mendapat khasiatnya daripada bahan-bahan bermutu tinggi seperti minyak argan, malah produk berasaskan cecair itu turut mengandungi fungsi seperti serum.

"Ia dijual pada harga yang cukup kompetitif iaitu RM45 sebotol. Mudah sahaja untuk mengenakannya, pengguna cuma perlu melakukan semburan pada bahagian rambut sebanyak dua hingga tiga kali dan selepas itu urutkannya.

"Kesan penggunaan produk bersaiz 60 mililiter (ml) boleh didapati sekiranya pengguna terus mengamalkannya secara konsisten," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Pada masa sama, Laila berkata, mereka turut menawarkan satu lagi produk khusus bagi wanita yang mengenakan tudung atau shawl iaitu Shawl Parfume.

Menurutnya, Shawl Parfume merupakan wangian khusus yang digunakan untuk mengharumkan tudung pengguna serta memudahkan proses penjagaannya.

Jelasnya, pengguna tidak perlu membasuh tudung mereka secara kerap kerana wangian tersebut mampu bertahan untuk satu tempoh yang panjang.

"Seperti Hair Mist, Shawl Parfume juga didatangkan dengan dua variasi bauan iaitu buah-buahan dan segar daun-daunan. Ia didatangkan dalam botol bersaiz 10ml pada harga RM28.

"Bagaimanapun, kami sedang mengadakan promosi khas buat masa ini dan orang ramai boleh mendapatkannya pada harga RM50 bagi setiap pembelian dua botol Shawl Parfume, malah mereka juga akan mendapat tudung bawal crepe percuma," katanya.