Memasuki tahun ketiganya, kempen CSR HerbaLine Be Youtiful bermatlamat untuk menangani masalah kulit yang kian ketara di samping meningkatkan tahap keyakinan dalam kalangan penuntut kolej menerusi satu siri pengurusan kulit.

Jelajah tersebut mengunjungi 12 universiti utama, antaranya Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Multimedia, Universiti Pengurusan dan Sains, Universiti HELP, Kolej Damansara Utama, Universiti Tenaga, Universiti Sunway dan Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya.

Hampir 4,000 pelajar mengisi borang kaji selidik mengenai kesihatan kulit yang merangkumi pandangan dan pemahaman mereka mengenai masalah kulit, selain turut mengetengahkan masalah kulit yang biasa dialami.

Kaji selidik tersebut mendedahkan bahawa masalah kulit berjerawat dan berminyak dihadapi oleh 2,080 orang pelajar, pori tersumbat, terbuka (960 pelajar) dan tona kulit tidak sekata serta kusam (720 pelajar).

Masalah kulit utama yang lain dihadapi pelajar kolej ialah kulit kering, bintik hitam, diikuti dengan bintik putih dan kulit sensitif.

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kulit ialah lelaki dengan 70 peratus daripada mereka lelaki mempunyai masalah kulit lebih ketara seperti jerawat, pori tersumbat dan kulit berminyak.

Daripada kaji selidik tersebut juga, para pelajar didapati mempunyai pemahaman asas yang kurang mengenai penjagaan kesihatan kulit.

Apabila ditanya mengenai cara terbaik untuk mengelakkan masalah kulit, 26 peratus berkata mereka seharusnya menggunakan produk penjagaan kulit secara berterusan, 26 peratus menyokong pemakanan yang baik dan makanan tambahan dan 48 peratus pula bersetuju mengenai kepentingan tidur yang mencukupi selain sentiasa berasa gembira.

Salah satu rawatan terbaru yang diperkenalkan pada program itu ialah EE Treatment yang mana ia berkesan untuk menghilangkan kecelaan kulit serta isu isu kulit yang diakibatkan olen kulit berminyak.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.herbaline.com.my, www.facebook.com/herbaline.my atau hubungi talian 03-5121 5055.