Tidak mustahil juga emosi dan prestasi mereka sewaktu bekerja terjejas ekoran berhadapan dengan masalah tersebut yang adakalanya mengambil masa agak panjang untuk pulih.

Bagi membantu orang ramai untuk melegakan diri daripada masalah berkenaan, Tok Syed Distribution Sdn. Bhd. (Tok Syed) yang merupakan sebuah syarikat tempatan menawarkan produk Balm Bayi Tok Syed kepada orang ramai.

Pengasasnya, Syed Mohd. Saiful Ikhwan Syed Abd. Khalid berkata, balsam tersebut telah dirumus sendiri olehnya dan dia percaya produk berkenaan boleh membantu pengguna untuk melegakan masalah seperti batuk, selesama dan hidung tersumbat.

Syed Mohd. Saiful Ikhwan yang turut dikenali sebagai Tok Syed berkata, balsam itu mendapat khasiat daripada pelbagai bahan berguna yang dipercayai mempunyai khasiat positif terhadap orang ramai seawal usia dua bulan sehinggalah dewasa.

“Antara bahan utama yang digunakan dalam penghasilan Balm Bayi Tok Syed adalah minyak asas. Kami percaya penggunaan minyak tersebut boleh membantu untuk mengurangkan ketidakselesaan di bahagian hidung dan pernafasan (dada) yang dialami ketika berhadapan masalah seperti batuk dan selsema.

“Ia juga mempunyai fungsi untuk melembutkan kulit, malah balsam kami mempunyai bau seperti bunga lavender memandangkan ia turut diperkaya dengan pati bunga tersebut,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Tok Syed berkata, balsam ini juga dirumus menggunakan bahan-bahan seperti lilin lebah ataupun lebih dikenali sebagai beeswax kerana ia mempunyai khasiat tersendiri pada kulit.

Selain itu, ujarnya, balsam berkenaan juga turut mendapat khasiat daripada bahan seperti minyak kelapa dara yang cukup terkenal dalam industri penjagaan kesihatan diri tempatan dan luar negara.

Menurutnya, minyak bunga matahari, vitamin E dan asid lemak Omega 6 juga merupakan antara daripada bahan utama balsam berkenaan.

“Mudah sahaja untuk menggunakan balsam tersebut. Pengguna cuma perlu menyapukannya pada tapak kaki dan urut secara perlahan-lahan.”

“Lakukan langkah sama pada bahagian belakang badan dan dada. Boleh juga menyapu balsam tersebut pada bahagian T wajah,” katanya yang turut memberitahu, produk tersebut telah berada di pasaran tempatan sejak bulan Mei lalu.

Sementara itu, Tok Syed berkata, syarikatnya merancang untuk mengeluarkan produk baharu pada awal tahun hadapan yang mana kesemuanya sesuai digunakan oleh seisi keluarga.

“Kekuatan yang terdapat pada Balm Bayi Tok Syed menyumbang kepada penjualan lebih 1,000 bekas balsam sejak ia mula dipasarkan dan saya percaya angka berkenaan akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambahnya, mereka turut membuka peluang kepada orang ramai terutamanya golongan pelajar, ibu tunggal dan suri rumah yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi ejen dan dropship Tok Syed secara percuma.

“Mereka yang ingin menjadi pengedar pula boleh melakukan pembelian produk pada nilai serendah RM600,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.toksyed.com dan www.facebook.com/toksyedori.