Pengguna yang mencari-cari produk bagi tujuan tersebut boleh mendapatkan Manja Sireh yang dirumus menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi seperti daun sirih, aloe vera dan minyak zaitun.

Pengasas Manja Sireh, Nur Afiqah Amran berkata, produk berkenaan boleh diamalkan oleh pengguna wanita seawal usia remaja dan ia sesuai digunakan pada semua jenis kulit.

Katanya, antara kandungan produk itu ialah tujuh jenis herba seperti manjakani, daun bidara, serapat dan kacip fatimah yang cukup popular dalam kalangan pengguna tempatan.

“Pengguna akan berasa kesegaran di bahagian intim secara serta-merta dan sebotol Manja Sireh boleh bertahan antara tiga hingga lima bulan lamanya, bergantung kepada cara penggunaan.

“Manja Sireh boleh dibeli pada harga RM50 di Semenanjung Malaysia dan RM60 (Sabah dan Sarawak),” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nur Afiqah berkata, wanita berpantang digalakkan untuk mengamalkan Manja Sireh kerana antara khasiat terkandung pada produk itu adalah ia membantu untuk merawat luka.

Ujarnya, antara kelebihan lain produk berkenaan adalah ia juga didatangkan dalam saiz kecil yang dikenali sebagai Travel Pack, dengan harga ditawarkan RM15.

“Kami menghasilkan Manja Sireh Travel Pack kerana ia mendapat permintaan daripada pengguna. Atas rasa tanggungjawab kepada mereka, maka terhasillah versi mini produk itu.

“Ini kerana saya berharap setiap wanita dapat membawa Manja Sireh ke mana-mana sahaja kerana pada saya, produk penjagaan khusus seperti itu begitu penting bagi seseorang wanita,” katanya.

Nur Afiqah juga berkata, syarikatnya mengambil setahun untuk menghasilkan produk berkenaan kerana beliau mahu menghasilkan sebuah produk yang sesuai diamalkan oleh semua pengguna.

“Disebabkan produk penjagaan bahagian intim yang terdapat di pasaran tidak begitu mesra pengguna, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan Manja Sireh yang sesuai diamalkan oleh semua wanita,” katanya.

Menurutnya, mereka juga menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan stokis dengan modal serendah RM200 dan mereka boleh menghubungi talian disediakan untuk tujuan berkenaan.