Ini kerana rata-rata syarikat pengeluar produk kesihatan pada masa kini menyedari bahawa kualiti produk yang baik serta harga bersifat kompetitif merupakan antara ramuan terbaik untuk memastikan pengguna kekal dengan jenama mereka.

Satu daripada syarikat tempatan yang menawarkan produk kesihatan bermutu tinggi adalah Super Eight Resources Sdn. Bhd. menerusi jenama mereka iaitu Raissa Secret Beauty.

Pengasas Raissa, Nur Rabiatul Afifah Abd. Talib berkata, satu daripada produk berkualiti tinggi keluaran mereka adalah Slimming Lotion Fat2slim.

Menurut beliau yang turut dikenali sebagai Puan Raissa, losen tersebut dirumus menggunakan bahan-bahan terpilih yang dipercayai boleh membantu pengguna mendapatkan berat badan ideal.

"Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan losen berkenaan adalah ekstrak herba, halia, serai, lada benggala dan pudina.

"Banyak khasiat yang terkandung dalam losen tersebut, antaranya membakar lemak pada tubuh, menganjalkan kulit, mengurangkan selulit serta membuang angin dalam badan," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Puan Raissa berkata, Slimming Lotion Fat2slim juga membantu pengguna untuk mendapatkan bentuk badan ideal kerana losen itu turut berperanan mengawal selera makan pengguna.

Katanya, mereka yang menggunakan produk berharga RM35 sebekas bersaiz 100 gram itu boleh mendapatkan kesan seawal seminggu penggunaannya.

"Segala kebaikan ditawarkan losen tersebut turut menjadikan ia antara produk yang boleh dimanfaatkan wanita berpantang, malah pengguna lelaki juga boleh mengamalkannya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Raissa Secret Beauty turut menawarkan suplemen Vita C + Blackcurrent yang mempunyai fungsi tiga dalam satu iaitu membantu mengurangkan berat badan, memutih dan menggebukan kulit pengguna.

Puan Raissa menjelaskan, suplemen berkenaan yang perlu diamalkan sebanyak dua kali sehari iaitu di waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur sesuai digunakan pengguna lelaki dan wanita berusia 13 tahun ke atas.

"Mudah sahaja untuk mengamalkannya. Pengguna cuma perlu membancuhkan suplemen berkenaan pada kuantiti setengah sudu kecil bersama segelas air dan terus sahaja meminumnya.

"Ia membantu pengguna untuk mengawal selera makan. Justeru, pengguna tidak akan berasa lapar secara kerap, malah jumlah makanan diambil juga turut berkurangan," katanya.

Sehubungan itu, ujarnya, orang ramai yang ingin mengurangkan berat badan boleh menggunakan suplemen berharga RM30 di Semenanjung Malaysia dan RM35 di Sabah dan Sarawak tersebut.

Pada masa sama, Puan Raissa berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan produk tersebut boleh terus mengunjungi ibu pejabat syarikatnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang atau menghubungi ejen dan stokis berdaftar.

"Kami juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen dan stokis Raissa Secret Beauty," katanya.