Boleh dibeli menerusi pengedar tunggalnya iaitu VS Insight PLT, kopi itu dirumus menggunakan ekstrak tongkat ali Physta yang mana ia merupakan tongkat ali yang dipaten di Malaysia, Amerika Syarikat, negara-negara Eropah dan Jepun.

Pengarah Urusan VS Insight PLT, Mohd. Hafizuddin Yusoff berkata, minuman berkenaan cukup dikenali dalam kalangan pengguna kerana ia dirumus menggunakan bahagian akar tongkat ali sahaja.

"Nu Caffe hanya menggunakan bahagian akar tumbuhan itu kerana di situlah terdapatnya khasiatnya tongkat ali," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut beliau, Nu Caffe boleh diamalkan pada bila-bila masa sahaja tanpa had tertentu.

"Nu Caffe boleh diamalkan oleh lelaki dan wanita seawal usia remaja," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran VS Insight PLT, Muhamad Syamwill Mertadza berkata, syarikatnya turut membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menambah pendapatan dengan menjadi ejen Nu Caffe.

"Satu daripada kelebihan menjadi ejen kami adalah produk itu sendiri kerana ia merupakan produk berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Biotropics Malaysia Berhad.

"Kedua, mana-mana ejen yang berdaftar dengan kami berpeluang untuk menerima kenaikan pangkat dari semasa ke semasa, selain elaun tetap diberikan kepada mereka," katanya.

Tambahnya, orang ramai yang ingin menjadi ejen Nu Caffe yang menggunakan tagline Nikmati Secawan Tongkat Ali Terbaik Di Dunia atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi mereka di talian yang disediakan.