Penjagaan wajah sudah tentu akan melibatkan pelbagai jenis produk yang mempunyai fungsi khusus, antaranya pencuci solekan, pelembap serta krim siang dan krim malam.

Sudah tentu, produk penjagaan wajah tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan manfaat kepada kesihatan wajah pengguna.

Justeru, sekiranya anda berhasrat untuk mencuba produk penjagaan wajah yang memiliki fungsi sedemikian, anda boleh mencuba serum Skin Potion Oil yang telah pun berada di pasaran sejak Ogos tahun ini.

Pengasas Ileesh Marketing, Nurul Asmahan Zulfikar berkata, Skin Potion Oil keluaran Ileesh Marketing itu mengandungi pelbagai jenis khasiat yang berguna untuk kulit pengguna tidak kira lelaki atau wanita.

“Produk ini sesuai digunakan oleh pengguna wanita dan lelaki yang mementingkan penjagaan kulit wajah, selain mereka yang mempunyai pelbagai masalah kulit ekoran kerap menggunakan solekan tebal.

“Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kulit, antaranya terdedah kepada suhu yang sejuk untuk jangka masa lama, sering terdedah kepada sinar ultraungu (UV) dan pemakanan yang tidak seimbang,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Pada masa sama, Nurul Asmahan berkata, Skin Potion Oil merupakan serum wajah yang berupaya membantu melembapkan kulit dan dirumus menggunakan 100 peratus daripada bahan-bahan organik serta bebas bahan kimia.

Katanya, antara bahan-bahan utama yang digunakan ialah minyak aprikot, minyak argan dan minyak bunga mawar yang diimport khas dari luar negara seperti Korea, Maghribi dan Itali yang mempunyai kualiti premium.

“Produk itu juga mudah untuk digunakan. Pengguna cuma perlu picit dua titis serum tersebut ke atas tapak tangan dan menyapu sehingga rata pada wajah dan leher sekiranya perlu.

“Penggunaan serum ini yang mudah untuk diratakan pada wajah akan membantu mengekalkan bedak asas dan solekan pada wajah untuk tempoh yang lebih lama,” katanya yang turut menyatakan produk tersebut bertindak merawat muka bermasalah dan pada masa sama berperanan sebagai pelembap solekan.

Bukan itu sahaja, Nurul Asmahan berkata, Skin Potion Oil turut boleh digunakan pada anggota badan yang lain seperti rambut, kuku dan bibir selain mesra wuduk dan tidak melekit serta mudah diserap pada kulit.

Tambahnya, Skin Potion Oil yang kaya dengan vitamin A dan E turut berperanan dalam mengecilkan liang-liang pori pada wajah serta mengembalikan semula kesegaran pada kulit serta berperanan dalam mengecutkan jerawat dan jeragat yang terdapat pada wajah.

Bagi mendapatkan impak maksimum, pengguna dinasihatkan untuk turut menggunakan serum tersebut sebelum tidur kerana kulit akan menyerap zat-zat serum dengan lebih efisien dan berkesan.

Menurut Nurul Asmahan lagi, pengguna tidak perlu was-was untuk menggunakan produk keluaran Ileesh Marketing kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Ileesh Marketing turut menyasarkan jualan melebihi 10,000 unit menjelang 2018 dan pengambilan ejen masih dibuka untuk mereka yang berminat menambah pendapatan sampingan.

Bagi mendapatkan produk dan berminat untuk menjadi ejen, boleh menghubungi 013-7715 285 dan 016-7237 285.