Dengan perkembangan arus teknologi pada masa kini, banyak pengusaha produk kesihatan dan kecantikan telah menghasilkan pelbagai produk suplemen bermutu tinggi, mengikut cara tersendiri yang mengandungi khasiat baik untuk orang ramai.

Tidak terkecuali, pengeluar dan pengedar produk kesihatan dan kecantikan terkemuka, Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. (Almas) turut menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh setiap golongan masyarakat di negara ini.

Pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed (gambar kecil) berkata, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan terutamanya kaum wanita di Malaysia ialah Jus Nusantara Gold yang sememangnya cukup terkenal dengan kekayaan dan keistimewaan khasiatnya selain telah ditambah baik dengan lima bahan terbaik dunia.

“Jus Nusantara Gold adalah formulasi terbaharu Almas yang diolah dan ditambah dengan bahan-bahan terbaik dunia selain mengekalkan bahan-bahan sedia ada dalam jus tersebut.

“Saya percaya bahawa formulasi produk tersebut yang menggabungkan penggunaan makanan sunah seperti madu, kurma dan buah delima menjadikan produk itu penuh dengan khasiat dan sesuai diamalkan semua,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Maziah, antara bahan lain yang ditambah di dalam formulasi Jus Nusantara Gold ialah seperti temu hitam, biji selasih dan lempoyang yang sememangnya mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan manusia.

Beliau berkata, selain makanan sunah, Jus Nusantara Gold turut dirumus menggunakan tumbuhan herba tempatan yang dipercayai mengandungi pelbagai khasiat berguna sejak turun-temurun.

“Antara tumbuhan herba yang digunakan ialah temu lawak, halia bara, kunyit, halba, bunga cengkih, kulit kayu manis dan habbatus sauda.

“Keberkesanan Jus Nusantara Gold adalah tiga kali ganda lebih berkesan berbanding Jus Nusantara biasa yang berada di pasaran,” ujarnya yang menyatakan Jus Nusantara Gold ditawarkan pada harga RM148 di Semenanjung Malaysia dan RM158 di Sabah dan Sarawak.

Jus Nusantara Gold sesuai diamalkan golongan wanita dan lelaki seawal usia empat tahun dan turut menjadi pilihan warga emas kerana khasiat terbaik yang terkandung di dalamnya.

Dalam pada itu, Almas turut menawarkan SlimDah Fiber Sol Cafe yang merupakan minuman pracampuran yang diperkaya dengan kebaikan serat di dalamnya.

Menurut Maziah, ia bukan sahaja enak dinikmati setiap hari, malah dapat membantu membekalkan tenaga berpanjangan selain mengatasi masalah berat badan berlebihan.

“Kami percaya, minuman pracampuran ini berfungsi dalam meningkatkan tahap kecergasan jasmani, melancarkan proses penghadaman selain membantu menyingkirkan toksik yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.

“Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan pengguna mudah berasa kenyang sekali gus menjadi pilihan utama bagi mereka yang berhasrat menurunkan berat badan dalam kadar segera,” ujarnya yang menyatakan terdapat 15 sachet dalam setiap kotak.

Mengulas lanjut mengenai bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan SlimDah Fiber Sol Cafe, Maziah menyatakan biji kopi Arabika yang diperoleh dari tanah tinggi Ethiopia menjadi bahan utama yang ternyata mempunyai rasa enak dan lazat.

Ujarnya, kopi Arabika tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan selain meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh.