Selain itu, pemilihan bahan-bahan berkualiti dalam penghasilan produk kesihatan merupakan satu daripada aspek yang menjadikan sesebuah jenama mampu bertahan lama dalam pasaran tempatan.

Ini kerana kualiti sesebuah produk sedikit sebanyak bergantung kepada bahan yang digunakan dan antara jenama tempatan yang berpegang teguh kepada konsep tersebut ialah Nlee Beauty yang merupakan sebuah syarikat bumiputera tempatan yang menawarkan produk suplemen kesihatan di bawah label Luvitz.

Pengasasnya, Nur Amalina Rosli berkata, produk keenam syarikat tersebut yang mula diperkenalkan di pasaran sejak Disember tahun ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna meskipun baru dilancarkan.

“Luvitz yang menjalani penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama enam bulan itu merupakan formulasi sendiri yang didatangkan dalam bentuk sacet berperisa campuran oren dan tomato yang boleh dimakan sekali setiap hari iaitu sebelum sarapan pagi.

“Ia merupakan makanan tambahan yang sesuai diambil oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak bagi mendapatkan kulit yang mulus dan cantik selain tenaga berpanjangan seiring dengan rutin seharian yang sibuk dan mencabar,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Jelasnya, setiap unit didatangkan dengan 20 sacet. Setiap sacet mengandungi dua gram serbuk hasil gabungan rasa oren, tomato dan vitamin C yang ditawarkan pada harga RM50 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM62 (Sabah dan Sarawak).

Mengulas lanjut mengenai bahan berkualiti yang diformulasi khas dalam Luvitz, Nur Amalina menyatakan, pihaknya memilih bahan-bahan organik dan sihat seperti tomato dan buah oren kerana manfaat yang terdapat di dalamnya.

“Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang tidak begitu gemar dengan pengambilan sayur-sayuran pada setiap sajian, tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Namun, dengan terhasilnya Luvitz, kandungan tersebut digabungkan khas dalam bentuk serbuk dan mudah dimakan serta dibawa ke mana-mana.

“Umum tahu mengenai kelebihan buah tomato terhadap kulit dan rambut. Tomato mempunyai manfaatnya untuk melicinkan kulit dan mendapatkan kulit wajah yang bersih dan tegang,” ujarnya yang menyatakan, pengambilan air mineral secara konsisten turut diperlukan bagi mendapatkan kesan terbaik.

Tambah Nur Amalina, Luvitz juga sesuai diamalkan oleh individu yang aktif bersukan serta mereka yang berhasrat untuk mengawal dan menurunkan berat badan dengan kadar segera.

Menurutnya lagi, pengguna tidak perlu was-was dan khuatir untuk menggunakan produk keluaran NLEE Beauty kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Sehingga kini, Nlee Beauty mempunyai lebih daripada 20 stokis dan 200 ejen di seluruh negara dan bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen berdaftar serta mendapatkan produk, bolehlah menghubungi talian 017-456 4139.