Menyedari senario tersebut, syarikat pengeluar dan pengedar bumiputera, iChantique Million Sdn. Bhd. (iChantique) mengambil inisiatif menghasilkan pencuci muka iChantique 2 dalam 1 menggunakan 100 peratus ramuan semula jadi yang dirumus khas untuk mengembalikan kulit wajah yang sihat kepada penggunanya.

Pengasasnya, Nur Lailie Abdul Raoh berkata, pencuci muka tersebut merupakan produk khas yang diperbuat daripada tiga bahan utama seperti tomato, avocado dan ekstrak minyak zaitun yang mampu memberikan kesan positif terhadap kulit pengguna.

Katanya, kandungan bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam menghasilkan pencuci muka tersebut berupaya untuk menegangkan kulit, mengecilkan liang pori, membaiki tona kulit tidak sekata, mengatasi masalah kulit berminyak serta menganjalkan semula kulit.

"Kandungan produk yang diformulasi dengan ekstrak bahan-bahan organik ini berfungsi sebagai agen antipenuaan sekali gus bertindak menyerlahkan keremajaan kulit dan menaikkan semula seri wajah selain memelihara kehalusan kulit secara berpanjangan.

"Mereka yang menggunakan produk itu secara konsisten boleh mendapatkan kesan seawal seminggu selain kulit pengguna akan berasa lebih lembap dan mulus," katanya ketika ditemui Aura Juita baru-baru ini.

Tambah Nur Lailie yang berasal dari Kuantan, Pahang, meskipun ia baru sahaja dilancarkan dan berada di pasaran bermula awal bulan lepas, sambutan yang diterima amat menggalakkan terhadap produk tersebut.

Pencuci muka iChantique dijual pada harga RM59.90 di Semenanjung Malaysia dengan berat bersih 50 gram bagi setiap unit boleh digunakan sehingga dua bulan mengikut cara penggunaan.

Jelasnya, harga yang ditawarkan amat berbaloi kerana mampu milik di samping kualiti premium yang ditawarkan setanding produk antarabangsa di pasaran selain telah melalui ujian makmal sebelum dipasarkan.



Rangkaian produk iChantique yang berada di pasaran dengan kualiti premium.

Dalam pada itu, syarikatnya turut menawarkan Serum Moist Whitening yang diformulasi menggunakan bahan-bahan berkualiti sama seperti pencuci muka iChantique.

"Serum yang mendapat permintaan ramai ini berfungsi membekalkan sumber vitamin pada kulit dengan secukupnya selain bertindak mengurangkan kedutan pada bahagian lingkaran mata serta mengecutkan jerawat dan memudarkan jeragat.

"Istimewa serum keluaran kami adalah ia bertindak terus sebagai solekan asas selain berperanan menyegarkan kulit wajah dan mencerahkan permukaan kulit tanpa sebarang kesan mengelupas," ujarnya yang memberitahu, ia turut ditawarkan pada harga RM59.90 bagi setiap unit dengan berat bersih 15 mililiter.

Tambahnya, untuk kesan berganda, pengguna turut disarankan mengamalkan dua lagi rangkaian produk keluaran syarikatnya iaitu Every Day Protection yang bertindak sebagai sunblock serta Every Day Night Treatment yang berperanan merawat kulit ketika tidur pada waktu malam.

Menurut Nur Lailie, syarikatnya kini menawarkan harga promosi menarik bagi keempat-empat rangkaian produknya pada harga serendah RM39.90 seunit sehingga tahun hadapan.

Pengguna tidak perlu was-was dan khuatir untuk menggunakan produk keluaran iChantique kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dan dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP).

Sehingga kini, syarikatnya mempunyai lebih daripada 1500 stokis sah di seluruh Malaysia dan menyasarkan penambahan kepada 1000 lagi stokis pada tahun hadapan.