Sebuah syarikat tempatan, Nur Two H Resources yang merupakan pemilik jenama Dollanis menawarkan dua koleksi gincu kepada pengguna wanita iaitu The Nude Collection dan The Love Collection.

Pengasasnya, Nur Hanis Hairani berkata, dua-dua koleksi tersebut dijual pada harga berpatutan iaitu RM50 sekotak, yang mana setiap kotak mengandungi tiga gincu.

Menjelaskan tentang The Nude Collection, dia yang turut dikenali sebagai Nanish berkata, tiga gincu yang terkandung dalam koleksi tersebut adalah variasi warna nude dan diperkenalkan menerusi kodnya iaitu 01, 02 dan 03.

“Ia sesuai digunakan untuk apa jua aktiviti yang ingin dilakukan oleh si pemakai tidak kira formal ataupun tidak. Ia juga tidak mudah tanggal, malah bersifat mesra wuduk.

“Gincu ini bersaiz lima gram (g) dan gabungan ketiga-tiga gincu tersebut boleh bertahan sehingga dua bulan sekiranya ia dipakai dengan kerap,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Nanish, gincu tersebut yang mula dijual sejak Oktober lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna dan ia habis dijual selepas tiga minggu dilancarkan.

“Kami terus-menerus menghasilkan koleksi gincu berkenaan dan telahpun memasuki fasa ketiga pengeluaran The Nude Collection.

“Berdasarkan sambutan memberangsangkan dan maklum balas yang diterima daripada pengguna, kami turut menghasilkan The Love Collection yang dijual pada harga sama seperti The Nude Collection.

“Ia juga mengandungi tiga jenis warna seperti merah jambu dan kemerahan. Warna-warna tersebut dikenali dengan kod 04, 05 dan 06,” katanya.

Nanish menegaskan, biarpun gincu-gincu berkenaan tidak dijual secara berasingan, namun kualiti dan harganya kekal mampu milik.

Dalam pada itu, dia berkata, syarikatnya turut menjual produk-produk lain yang mengandungi khasiat sarang burung, antaranya set penjagaan wajah Baby Skin Trial Set 4 In 1 yang berharga RM90.

Katanya, ia mengandungi empat produk iaitu Baby Skin Beauty Soap, Baby Skin Day Cream, Baby Skin Toner Serum dan Baby Skin Beauty Gel.

“Kami juga menjual tiga jenis suplemen yang mendapat khasiat daripada sarang burung iaitu Dollanis GlowChew (RM45), Glowhite Collagen (RM130) dan Dollanis Dolly Collagen (RM160),” katanya.

Tambahnya, bermula dengan Baby Skin Foundation SPF60, Dollanis kini mempunyai 19 rangkaian produk yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna termasuklah tudung dan winyak wangi.