Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, antara herba tersebut adalah pueraria mirifica yang membantu untuk menganjal dan mencantikkan aset wanita.

“Turut digunakan adalah akar serapat serta kunyit yang baik untuk memberi kesegaran dan mengurangkan keletihan dirasai pengguna.

“Menariknya, Jus Tradisi Wanita sesuai untuk diamalkan gadis seawal usia remaja, golongan ibu yang baru melahirkan bayi serta wanita yang sudah lanjut usia.

“Diproses dan dikilangkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP), Jus Tradisi Wanita tidak mengandungi sebarang bahan perasa mahupun gula, namun masih mempunyai rasa yang sedap,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Siti Maryam berkata, Jus Tradisi Wanita yang dijual pada harga RM33.90 itu juga bebas lemak dan bahan terlarang.

Dalam pada itu, dia berkata, bagi lelaki, stamina bukan sahaja penting bagi kesihatan fizikal, malah juga untuk kesihatan mental agar ia lebih fokus dan produktif.

“Justeru, Jamu Jelita menghasilkan Jus Tongkat Ali khusus untuk lelaki tidak kira sama ada yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang. Ia membantu menambahkan tenaga agar mereka boleh menjalani aktiviti seharian yang padat.

“Jus Tongkat Ali merupakan minuman kesihatan untuk lelaki yang menjadi pilihan pengguna kerana kandungannya yang asli dan diformulasi oleh pakar pemakanan dan pakar nutrisi bertauliah,” katanya.

Menurut Siti Maryam, jus itu mengandungi bahan aktif, antaranya tongkat ali, saffron dan cengkih.

Ujarnya, ia dijual pada harga berpatutan iaitu RM33.90 dan produk berkenaan boleh dibeli di toko-toko jamu, kios serta stokis berdekatan pengguna.

“Kedua-dua Jus Tradisi Wanita dan Jus Tongkat Ali menggabungkan khasiat herba tradisional dan buah-buahan yang khusus dan saling melengkapi lebih-lebih lagi untuk pasangan suami isteri yang mahukan kehidupan lebih harmoni.

“Bagi wanita yang mahukan lebih kesegaran pula, gunakan pembersih keintiman Harum Jelita yang diperkaya dengan ekstrak daun sireh, pegaga dan aloe vera.

“Ia yang dijual pada harga RM18.90 membantu mengimbangi kelembapan dan mencerahkan celahan pelipat,” katanya.

Siti Maryam memberitahu, pengguna boleh melayari laman sosial Instagram 
@jamujelita.official dan Facebook Jamu Jelita untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

“Anda berpeluang memenangi hadiah produk percuma pada setiap minggu. Hubungi kami di talian 03-3359 9872 untuk konsultasi percuma,” katanya.