Ini kerana terdapat pelbagai kaedah untuk mendapatkan hasil diingini tersebut yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang, antaranya menerusi suntikan bahan kimia berbahaya ke dalam tubuh.

Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, Pearl White Putih Mulus yang sudah lima tahun berada di pasaran merupakan produk yang tidak asing lagi dalam kalangan pengguna.

Katanya, ia merupakan produk pencerahan pilihan pengguna kerana jualannya sentiasa positif serta mampu menandingi produk lain dalam pasaran kosmetik tempatan.

“Istimewanya Pearl White Putih Mulus adalah tiada lagi produk lain yang menggunakan ekstrak bunga mawar sebagai kandungannya. Ia berfungsi untuk membantu mengecilkan liang pori serta baik untuk kulit berminyak, yang mana ia merupakan masalah utama bagi kebanyakan rakyat di negara ini.

“Ia juga mengandungi ekstrak blueberry serta teh hijau yang kaya dengan kandungan antioksidan. Ia juga lengkap dengan vitamin A, C dan E,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurut Siti Maryam, produk yang berharga RM36.90 di Semenanjung Malaysia dan RM38.90 (Sabah dan Sarawak) itu juga mengandungi khasiat antipenuaan menerusi buah blueberry tersebut.

“Pearl White Putih Mulus juga mengandungi kandungan astaxanthin 3 yang merupakan sumber utama bagi antioksidan serta mempunyai 800 kali ganda kandungan coenzyme Q10, 6,000 kali ganda vitamin C dan 1,000 kali ganda vitamin E.

“Rumusan antioksidan itu membantu untuk melindungi kulit pengguna daripada sinaran ultraungu (UV), melembap, melembut serta melicinkan kulit di seluruh tubuh mereka dengan sekata.

“Ia turut mengandungi kolagen bagi membantu melambatkan proses kedutan dan penuaan kulit, sekali gus membantu mengatasi masalah jeragat,” katanya.

Siti Maryam berkata, ia boleh diamalkan oleh pengguna lelaki dan wanita, malah boleh diminum oleh wanita mengandung dan menyusukan bayi.

“Bancuhnya bersama satu skup bersama 150 mililiter (ml) air. Amalkannya pada waktu pagi 15 minit sebelum sarapan dan malam sebelum tidur ketika perut kosong,” katanya.

Sementara itu, ujarnya, Jamu Jelita turut menawarkan Jus Sedunia Enerlyfe yang mengandungi khasiat 50 jenis buah dan herba nusantara, Timut Tengah dan Eropah kepada pengguna.

Menurutnya, Jus Sedunia Enerlyfe diformulasi oleh pakar pemakanan yang bertauliah serta dihasilkan di kilang yang bertaraf GMP dan mendapat sokongan penuh dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Siti Maryam berkata, ia sesuai diamalkan lelaki dan wanita daripada pelbagai peringkat usia.

“Bahan utama jus itu adalah daun moringga yang merupakan herba tradisional dari India. Ia biasa digunakan dalam masakan mereka.

“Jus Sedunia Enerlyfe yang mempunyai kandungan sehingga 550ml cuma berharga RM89.90 adalah jus kesihatan yang dijual pada harga terendah di pasaran.

“Segera dapatkan produk tersebut di toko jamu dan kios berhampiran anda serta secara online di www.shopee.com.my/jamujelita.my. Hubungi talian 03-3359 9872 untuk konsultasi percuma serta ikuti laman Facebook Jamu Jelita dan Instagram @jamujelita.my,” katanya.