Tambahan pula, perkembangan teknologi semasa membolehkan pengusaha produk kesihatan dan kecantikan untuk menghasilkan makanan tambahan bermutu serta mengandungi khasiat yang baik untuk orang ramai.

Antara pengeluar produk kesihatan dan kecantikan yang terkenal di negara ini, Almas Beauty & Health (Almas) telah menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.

Menurut pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh wanita di negara ini ialah Jus Qasih Sayang.

Katanya, jus tersebut yang dipercayai dapat membantu golongan wanita untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka telah diformulasi daripada bahan-bahan berkualiti tinggi serta kaya dengan khasiat.

"Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk kesihatan tersebut ialah kurma, buah delima, kacip fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.

"Produk keluaran kami ini yang biasanya dijual pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM43 (Sabah dan Sarawak) sesuai untuk digunakan oleh wanita yang ingin meningkatkan tahap kecergasan serta tenaga mereka," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas tentang nama produk minuman itu, katanya, ia dinamakan sedemikian ekoran khasiatnya yang baik bagi golongan wanita terutamanya yang baru melahirkan bayi serta dalam pantang.

Dalam pada itu, kata Maziah, pengguna wanita di negara ini juga boleh menggunakan satu lagi produk keluaran Almas iaitu Charisma Phyto Stemcell.

Ujarnya, produk tersebut mempunyai pelbagai khasiat yang boleh dimanfaatkan mereka, sekali gus membantu pengguna untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria.

Jelasnya, antara khasiat produk berkenaan ialah ia dipercayai dapat membantu pengguna untuk membantu menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit yang mati.

"Antara lainnya, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell boleh membantu golongan ibu yang sedang menyusukan bayi.

"Charisma Phyto Stemcell yang turut sesuai digunakan oleh kaum lelaki biasanya dijual pada harga RM128 di Semenanjung Malaysia dan RM138 (Sabah dan Sarawak)," ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Maziah, orang ramai boleh membeli kombo Jus Qasih Sayang dan Charisma Phyto Stemcell pada harga RM120 sekiranya pengguna membelinya di ibu pejabat Almas di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Untuk keberkesanan berganda, pengguna disarankan mengamalkan kedua-dua produk tersebut dengan satu lagi produk khas wanita, Jamu Sri Dara selain mencuba pelbagai barisan produk Almas yang lain seperti Almas Cafe, IQ Danish, Slimdah Cafe Daslym dan banyak lagi yang berada di pasaran.

Maklumat lanjut mengenai Almas boleh didapati menerusi laman web www.almas.com.my atau menghubungi talian 019-212 2005 dan 019-278 2005.