Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu produk sedemikian mengandungi bahan berbahaya dan boleh menyebabkan kemudaratan setelah mengamalkannya.

Menyedari senario tersebut, syarikat pengeluar dan pembekal produk kesihatan terkemuka, Almas Beauty & Health (Almas) mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.

Menurut pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh wanita di negara ini ialah Jus Qasih Sayang.

Katanya, jus tersebut yang dipercayai dapat membantu golongan wanita untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka telah diformulasi daripada bahan-bahan berkualiti tinggi serta kaya dengan khasiat.

“Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk kesihatan tersebut ialah kurma, buah delima, kacip Fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.

“Produk keluaran kami ini yang biasanya dijual pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM43 (Sabah dan Sarawak) sesuai untuk digunakan oleh wanita yang ingin meningkatkan tahap kecergasan serta tenaga mereka,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas tentang nama produk minuman itu, katanya, ia dinamakan sedemikian ekoran khasiatnya yang baik bagi golongan wanita terutamanya yang baru melahirkan bayi serta dalam pantang.

Dalam pada itu, kata Maziah, pengguna wanita dan lelaki di negara ini juga boleh menggunakan satu lagi produk keluaran Almas iaitu Charisma Phyto Stemcell.

Ujarnya, produk tersebut mempunyai pelbagai khasiat yang boleh dimanfaatkan mereka, sekali gus membantu pengguna untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan aktif.

Jelasnya, antara khasiat produk berkenaan ialah ia dipercayai dapat membantu pengguna untuk membantu menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit yang mati selain membantu mencerahkan kulit.

“Antara lainnya, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell amat sesuai diamalkan oleh golongan ibu yang sedang menyusukan bayi dan buat para remaja.

“Charisma Phyto Stemcell dijual di pasaran pada harga RM128 di Semenanjung Malaysia dan RM138 (Sabah dan Sarawak),” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut Maziah, orang ramai boleh membeli kombo Jus Qasih Sayang dan Charisma Phyto Stemcell pada harga RM120 sekiranya pengguna membelinya di ibu pejabat Almas di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Untuk keberkesanan berganda, pengguna disarankan mengamalkan kedua-dua produk tersebut dengan satu lagi produk khas wanita, Jamu Sri Dara selain mencuba pelbagai barisan produk Almas yang lain seperti Almas Cafe, IQ Danish, Slimdah Cafe Daslym dan banyak lagi yang mendapat permintaan tinggi pengguna di pasaran.

Pengguna juga tidak perlu bimbang dan was-was untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai Almas boleh didapati menerusi laman web www.almas.com.my atau menghubungi talian 019-212 2005 dan 019-278 2005.