Selain itu, pemilihan bahan-bahan berkualiti dalam penghasilan produk kesihatan merupakan satu daripada aspek yang menjadikan sesebuah jenama mampu bertahan lama dalam pasaran tempatan.

Ini kerana kualiti sesebuah produk sedikit sebanyak bergantung kepada bahan yang digunakan dan antara jenama tempatan yang berpegang teguh kepada konsep tersebut ialah V’Asia yang merupakan sebuah syarikat bumiputera tempatan yang menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kesihatan dan kecantikan kepada semua lapisan pengguna.

Pengasas V’Asia, Datuk Azril Mohd. Radzi berkata, ekoran daripada gaya pemakanan yang tidak begitu sihat pada masa kini, syarikatnya menawarkan Jus Khasiat Lega yang merupakan minuman tinggi antioksidan dan diformulasi daripada 17 bahan semula jadi dan herba terbaik dunia.

“Mengandungi kesemua khasiat dan nutrisi yang lengkap, ia memberi kesan baik yang berganda untuk kesihatan berpanjangan.

“Jus yang sesuai diamalkan seisi keluarga tersebut diperkaya dengan bahan terpilih seperti bawang putih, halia, cuka epal, jus lemon, cekur dan madu yang baik untuk pencernaan dan proses sendawa manusia,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Menurutnya, formulasi jus itu turut diperkaya dengan penemuan ramuan terkini seperti durian belanda, belalai gajah, tunjuk langit dan daun rerama yang sememangnya baik untuk kesihatan.

Mengandungi kandungan yang berkualiti tinggi, ia berkesan dan dijamin selamat untuk diamalkan kerana telah mendapat pengelasan makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya terpanggil untuk menghasilkan Jus Khasiat Lega ini kerana manfaat yang terkandung di dalamnya memandangkan formulasi bahan-bahannya yang diakui ramai dapat membantu kesihatan secara menyeluruh.

“Halia yang merupakan salah satu daripada bahan utama dalam penghasilan jus tersebut sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah ketidakselesaan perut selain membantu proses pembuangan angin,” ujarnya.

Dijual pada harga RM55 bagi Semenanjung Malaysia dan RM60 bagi Sabah dan Sarawak, pengguna perlu mengambil dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam untuk kesan yang optimum.

Dalam pada itu, V’Asia turut menawarkan Ladies Collagen yang merupakan jus jamu moden pilihan wanita masa kini dan dirumus khas daripada bahan-bahan berkualiti tinggi serta berkhasiat.

Menurut Azril, antara bahan yang diformulasi dalam menghasilkan Ladies Collagen adalah seperti lobata, kacip Fatimah, akar serapat, habbatus sauda, madu dan buah delima.

“Seawal pengambilan, badan akan berasa lebih cergas dan bertenaga dengan rasanya yang sedap berbanding jamu terdahulu.

“Jus herba ini turut berperanan dalam membantu menstabilkan hormon dalaman, melancarkan kitaran haid selain mengurangkan masalah senggugut serta keputihan melampau,” ujarnya yang menyatakan Ladies Collagen ditawarkan pada harga RM35 di pasaran.

Pengguna tidak perlu bimbang dan was-was untuk menggunakan produk keluaran V’Asia kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bagi mendapatkan rangkaian produk V’Asia, pengguna boleh mengunjungi toko-toko jamu berhampiran di seluruh Malaysia atau melalui pembelian secara online seperti di Lazada dan Shopee.