Disebabkan hal tersebut, aspek kesihatan, kecantikan dalaman dan luaran seseorang pada masa kini dilihat semakin terabai dan kurang menjadi tumpuan utama khususnya dalam kalangan wanita.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar dan pengedar produk kesihatan bumiputera terkenal, Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. (Almas) menawarkan produk khas bagi golongan wanita bagi memelihara kesihatan dalaman menerusi Jus Qasih Sayang yang kaya dengan pelbagai khasiat.

Pengasas Almas, Datin Maziah Mohamed berkata, Jus Qasih Sayang merupakan antara produk yang boleh dimanfaatkan golongan wanita kerana tidak banyak syarikat di luar sana yang menawarkan produk sedemikian rupa lebih-lebih lagi pada kadar harga berpatutan.

“Ia merupakan produk khusus untuk dalaman wanita terutamanya pada bahagian perut selain sesuai diamalkan bagi mereka yang kerap berasa lesu dan lemah.

“Jus Qasih Sayang mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh golongan wanita dan bagus jika diamalkan setiap hari kerana ia merupakan hasil daripada formulasi bahan terpilih serta berkualiti tinggi,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Dipercayai dapat membantu golongan wanita meningkatkan tahap kehidupan, Maziah menjelaskan, Jus Qasih Sayang dihasilkan daripada kurma, buah delima, kacip Fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.

Mengulas lanjut tentang bahan yang digunakan dalam produk berkenaan, Maziah memberitahu, penggunaan buah kurma dan delima menjadi rumusan terpenting dan paling utama dalam menghasilkan produk berkenaan.

Katanya, buah kurma yang ternyata kaya dengan antioksidan dapat membantu menentang proses penuaan selain tinggi dengan kandungan potassium yang bagus untuk kecergasan jasmani.

“Buah delima dirumus bersama kerana kandungan anthocyanin dan tannin hidrolisis di dalamnya merupakan satu agen antioksidan yang bagus untuk memelihara keremajaan kulit selain berfungsi melancarkan proses pencernaan badan.

“Kesemua bahan-bahan premium tersebut diformulasi secara teliti di kilang yang bersih dan menepati piawaian tertentu. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau tentang status bagaimana produk tersebut dihasilkan,” ujarnya yang menyatakan Jus Qasih Sayang sangat bagus digandingkan dengan Jamu Sri Dara.

Ditawarkan pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM43 (Sabah dan Sarawak), ia dilihat cukup berpatutan dan mampu milik berbanding kandungan khasiat yang ditawarkan di dalam produk bersaiz 250ml tersebut.

Dalam pada itu, untuk keberkesanan berganda, pengguna Almas terutama dalam kalangan wanita di negara ini turut boleh menggunakan satu lagi produk iaitu Charisma Phyto Stemcell.

Ujarnya, produk tersebut mempunyai pelbagai khasiat dan dipercayai dapat membantu pengguna untuk membantu menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit yang mati.

“Charisma Phyto Stemcell yang turut sesuai digunakan oleh kaum lelaki biasanya dijual pada harga RM128 di Semenanjung Malaysia dan RM138 (Sabah dan Sarawak).

“Orang ramai boleh membeli kombo Jus Qasih Sayang dan Charisma Phyto Stemcell pada harga RM120 sekiranya pengguna membelinya di ibu pejabat Almas di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Selangor,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai Almas boleh didapati menerusi laman web www.almas.com.my atau menghubungi talian 019-212 2005 dan 019-278 2005.