Disebabkan hal tersebut, aspek kesihatan, kecantikan dalaman dan luaran seseorang pada masa kini dilihat semakin terabai dan kurang menjadi tumpuan utama khususnya dalam kalangan wanita.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar dan pengedar produk kesihatan bumiputera terkenal, Almas Beauty & Health Sdn. Bhd. (Almas) menawarkan produk khas bagi golongan wanita bagi memelihara kesihatan dalaman menerusi Jus Qasih Sayang yang penuh khasiat.

Pengasasnya, Datin Maziah Mohamed berkata, Jus Qasih Sayang merupakan antara produk yang boleh dimanfaatkan golongan wanita kerana tidak banyak syarikat di luar sana yang menawarkan produk sedemikian rupa lebih-lebih lagi pada kadar harga berpatutan.

“Ia merupakan produk khusus untuk dalaman wanita terutamanya pada bahagian perut selain sesuai diamalkan bagi mereka yang kerap berasa lesu dan lemah.

“Jus Qasih Sayang mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh golongan wanita dan bagus jika diamalkan setiap hari kerana ia merupakan hasil daripada formulasi bahan terpilih serta berkualiti tinggi.

“Bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit lebih anjal dan tegang, pengambilan berterusan Jus Qasih Sayang amat digalakkan untuk mengekalkan keremajaan dan awet muda,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Dipercayai dapat membantu golongan wanita meningkatkan tahap kehidupan, Maziah menjelaskan, produk Jus Qasih Sayang dihasilkan daripada bahan-bahan terbaik seperti kurma, buah delima, kacip Fatimah, daun sirih, kayu serapat, madu, halia bara dan manjakani.

Mengulas lanjut tentang bahan yang digunakan dalam produk berkenaan, Maziah memberitahu, penggunaan buah kurma dan delima menjadi rumusan terpenting dan paling utama dalam menghasilkan produk berkenaan.

Katanya, buah kurma yang ternyata kaya dengan antioksidan dapat membantu menentang proses penuaan selain tinggi dengan kandungan potassium yang bagus untuk kecergasan jasmani.

“Buah delima turut dirumus bersama kerana kandungan anthocyanin dan tannin hidrolisis di dalamnya merupakan satu agen antioksidan yang bagus untuk memelihara keremajaan kulit selain berfungsi melancarkan proses pencernaan badan.

“Kesemua bahan-bahan premium tersebut diformulasi secara teliti di kilang yang bersih dan menepati piawaian tertentu. Oleh itu, pengguna tidak perlu risau tentang status bagaimana produk tersebut dihasilkan,” ujarnya yang menegaskan bahawa Jus Qasih Sayang sangat bagus digandingkan dengan Jamu Sri Dara.

Ditawarkan pada harga RM39 di Semenanjung Malaysia dan RM43 (Sabah dan Sarawak), ia dilihat cukup berpatutan dan mampu milik berbanding kandungan khasiat yang ditawarkan di dalam produk bersaiz 250 mililiter tersebut.

Dalam pada itu, Maziah berkata, orang ramai juga boleh menggunakan satu lagi produk keluaran Almas iaitu Charisma Phyto Stemcell yang mempunyai pelbagai khasiat sekali gus membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih ceria dan aktif.

“Antara khasiat produk berkenaan ialah ia dipercayai dapat membantu pengguna menghilangkan jerawat dan jeragat serta membantu membaik pulih sel-sel kulit mati.

“Bukan itu sahaja, kita juga percaya Charisma Phyto Stemcell boleh dimanfaatkan oleh golongan ibu yang sedang menyusukan bayi,” katanya yang menyatakan produk tersebut dijual pada harga RM128 di Semenanjung Malaysia dan RM138 bagi Sabah dan Sarawak.

Pengguna juga tidak perlu gusar untuk menggunakan produk keluaran Almas kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Maklumat lanjut mengenai produk keluaran Almas boleh didapati menerusi laman web www.almas.com.my atau menghubungi talian 019-212 2005 dan 019-278 2005.