Masalah jerawat turut dialami oleh lebih 40 peratus golongan dewasa berumur antara 20 dan 29 tahun, lebih 20 peratus (berumur 30 hingga 39 tahun), manakala lima peratus daripada orang dewasa masih mengalami jerawat.

Hasil tinjauan dan kaji selidik yang dijalankan mendedahkan lima masalah utama kulit dihadapi oleh golongan yang mengunjungi salun HerbaLine Facial Spa.

Lima masalah berkenaan ialah jerawat iaitu sebanyak 75 peratus, bintik-bintik hitam dan putih (60 peratus), liang pori besar terutamanya di hidung dan pipi (40 peratus), parut jerawat akibat rawatan sendiri (30 peratus) dan warna kulit sebam (25 peratus).

Ramai yang melakukan rawatan muka sendiri di rumah tetapi dengan cara yang tidak betul dan ia boleh mendatangkan kesan buruk.

Apabila melakukan rawatan sendiri yang lebih serius seperti memicit jerawat yang sudah matang dan mengorek sista minyak, mereka boleh menyebabkan jangkitan pada luka atau meninggalkan parut jika tidak dilakukan dengan betul.

Masalah kulit semakin meningkat disebabkan faktor genetik, tekanan, kekurangan pemakanan yang baik dan gaya hidup yang lebih mencabar.

HerbaLine berhasrat memberikan nasihat secara menyeluruh, tepat dan praktikal tentang kesihatan dan pengurusan kulit kepada masyarakat Malaysia.

Pada hakikatnya, HerbaLine cuba membetulkan salah tanggapan bahawa kesihatan kulit adalah bersamaan dengan penjagaan kulit

HerbaLine Ee Treatment adalah rawatan sasaran yang berkesan, untuk menghilangkan kecelaan kulit paling ketara dengan mudah.

Rawatan hasil daripada penyelidikan dan ujian selama lebih 20 tahun itu menggabungkan krim herba yang kesemuanya daripada sumber asli, khususnya daripada ekstrak pokok gajus.

Kaedah itu dicipta untuk menghapuskan segala bentuk kecelaan kulit paling degil termasuk kutil, siringoma, sista minyak dan tempel kulit.

Kacang gajus kaya dengan asid anakardik, yang didapati berkesan menentang pelbagai bakteria, termasuk bakteria yang menyebabkan masalah kulit seperti jerawat.

Ia juga adalah sumber vitamin E, yang merupakan antioksidan semula jadi, dan asid lemak tak tepu, yang memulihkan kelembapan dan kegebuan kulit yang rosak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penjagaan HerbaLine di 03-5121 9055 atau layari laman web www.herbaline.com.my.