Pegawai Pemasaran Jamu Jelita, Siti Maryam Hussin berkata, Pearl White Fiber yang diperkaya dengan psylium husk menerusi bijinya turut membantu pengguna untuk mendapatkan kulit lebih cerah dan gebu.

Jelasnya, ia yang berbentuk gumpalan gel memudahkan proses penyerapan lebihan cecair daripada usus dan menyingkirkannya daripada tubuh menerusi proses pelawasan.

“Proses tersebut membantu pengguna untuk mengatasi masalah berkaitan sistem pelawasan dan menjadikannya lebih cepat. Pengguna akan berasa lebih ringan setelah toksin berjaya disingkirkan daripada badan.

“Ia sekali gus membantu pengguna mengatasi masalah kulit kusam,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Siti Maryam berkata, Pearl White Fiber juga diperkaya dengan ekstrak teh hijau yang kaya dengan antioksidan, menjadikan minuman berkenaan sesuai diamalkan oleh mereka yang mahu meningkatkan kandungan metabolisme dalam tubuh.

Tambahan pula katanya, bahan tersebut telah digunakan sejak turun-temurun oleh orang terdahulu bagi tujuan penjagaan dalaman.

“Biji anggur yang digunakan sebagai salah satu bahan bagi Pearl White Fiber pula membantu untuk mencerah serta memberi kelembapan pada kulit, termasuk memberi kesan awet muda.

“Amalkannya 30 minit selepas makan tengah hari atau malam. Pengguna yang mahukan kesan berganda boleh mengamalkannya dengan Pearl White Cur-V Shake sebagai sarapan dan pengganti makan malam,” katanya.

Menurut Siti Maryam, produk berkenaan telah dihasilkan setelah meneliti hasil kajian yang dijalankan oleh pakar pemakanan dan nutrisi bertauliah.

“Ramuan utama Pearl White Cur-V Shake adalah biji chia dengan trytophan yang mengandungi asid amino. Ia membantu untuk memberikan rasa kenyang kepada pengguna, sekali gus mengawal nafsu makan mereka.

“Hasil kajian pakar dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat mendapati bahawa esensial leusin pada protein whey dapat membantu menjaga otot dan membantu proses penukaran lemak menjadi tenaga,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua produk dijual pada harga RM38.90 di Semenanjung Malaysia dan RM40.90 (Sabah dan Sarawak) serta boleh digunakan oleh pengguna lelaki dan wanita.

Tambah Siti Maryam, Jamu Jelita turut memasarkan Korset Perut yang berharga RM37 (Semenanjung Malaysia) dan RM39 (Sabah dan Sarawak) bagi mereka yang mengalami masalah perut menggeleber.

“Ia mempunyai empat tetulang yang menyokong tulang belakang serta memberi keselesaan tanpa menyekat penafasan pengguna,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03-3359 9872, WhatsApp ke 013-353 5753 atau melayari laman Facebook Jamu Jelita sertai mengunjungi toko-toko jamu serta laman web www.shopee.com.my/jamujelita.my untuk melakukan pembelian produk berkenaan.