Sirih juga sangat berkhasiat dalam memelihara kulit wajah. Biasanya, daun sirih akan direbus terlebih dahulu sebelum airnya digunakan untuk mencuci wajah.

Selain dapat mengatasi masalah jerawat dan jeragat, daun sirih juga dikatakan mampu memberikan kesan awet muda jika diamalkan secara berterusan dan konsisten.

Menyedari kepentingan khasiat tersebut, Pengarah Urusan Qalish Beauty Care, Aisyah Kamsani menginovasi amalan itu dengan cara lebih mudah menerusi produknya, pembersih muka QALISH yang juga pelengkap bagi set penjagaan wajah keluaran syarikatnya iaitu PROFIX.

"Sirih mengandungi antibakteria semula jadi yang baik untuk kesihatan dalaman dan luaran, justeru ia membantu memulihkan kulit muka dan mengembalikan kulit agar lebih anjal, segar dan tegang.

"Maka, kami mengambil keputusan untuk menginovasi cara tradisional itu kepada moden dengan menghasilkan produk pembersih muka pertama berbentuk gel daripada ekstrak sirih," katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Katanya, pembersih muka QALISH turut diformulasi dengan khasiat ekstrak kolagen ikan salmon dan beberapa lagi bahan lain tanpa kandungan bahan kimia serta tidak mengandungi buih yang banyak.

Tambahnya, apabila sesuatu pembersih itu mengandungi buih yang banyak, ia agak keras pada permukaan kulit sehingga boleh menjejaskan kelembapan kulit seseorang.

Menurutnya, kesan produk tersebut bergantung kepada hormon dalam badan pengguna, iaitu kesannya boleh dilihat dalam tempoh antara seminggu hingga dua minggu penggunaan.

"Cara penggunaannya mudah sahaja, pengguna cuma perlu meletakkan gel pembersih muka QALISH dalam bentuk duit syiling lima sen di tapak tangan, dan letakkan air di gel tersebut sebelum mencuci muka seperti biasa," ujarnya yang menyatakan ia harus digunakan dua kali sehari.

Jelas Aisyah, produk tersebut juga telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama setahun dan menelan kos yang agak tinggi bagi menjamin kualiti yang dihasilkan dapat diterima umum serta tidak mendatangkan kesan sampingan.


Pencuci muka QALISH sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita tanpa mengira umur.

Menurutnya, dia amat menitikberatkan kualiti dan mementingkan kepuasan pelanggannya. Sejak dipasarkan awal May lalu, produk pembersih muka QALISH terjual melebihi 3,000 unit dalam tempoh sebulan.

"Produk ini memang baharu di pasaran, namun kami yakin jualannya mampu mencecah sehingga 5,000 unit sebulan dan mungkin lebih daripada sasaran itu.

"Untuk mencapai sasaran tersebut, kami masih membuka peluang kepada yang berminat untuk menambah pendapatan dengan menjadi ejen (modal serendah RM900) atau stokis (modal serendah RM5,000) produk QALISH hingga 31 Disember ini," ujarnya yang menyatakan QALISH mempunyai 300 ejen sah setakat ini.

Menurutnya lagi, orang ramai terutama pembaca setia Kosmo! yang ingin mendapatkan diskaun RM20 untuk pembersih muka QALISH, mereka hanya perlu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp dengan menaip 'qalishcleanserdiskaunRM20' ke talian 019-232 0792 bermula hari ini hingga Isnin depan.

Menariknya, pembersih muka QALISH tidak mengandungi sodium laureth sulphate (SLES),tidak mengandungi paraben dan sebarang bauan selain menjadikan ia produk yang sesuai diamalkan untuk semua jenis kulit wajah.

Orang ramai tidak perlu bimbang menggunakan rangkaian produk keluaran QALISH kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Pembersih muka QALISH dijual pada harga RM69 dan setiap unit didatangkan dalam bekas bersaiz 50 mililiter.

Tambah Aisyah, QALISH Beauty Care turut menawarkan produk rangkaian produk lain seperti PROFIX, DTXFIT dan QALISH KOOL FRESH.