Sebuah syarikat tempatan, Effenzee Rich Sdn. Bhd. (Effenzee) menawarkan produk pelangsingan tubuh iaitu Effenzee Myracle Lotion yang kini dijual pada harga promosi iaitu RM79 sehingga akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Effenzee, Zuriati Mohd. Jadi berkata, losen tersebut sesuai digunakan oleh semua golongan pengguna seawal bayi sehinggalah orang dewasa.

Menurutnya, wanita yang sedang berpantang terutamanya boleh menggunakan produk berkenaan kerana ia boleh membantu untuk mendapatkan kembali bentuk badan mereka.

“Tujuan utama saya mengeluarkan produk ini adalah kerana saya melihat ramai yang berusaha untuk tampil kurus selepas berpantang sehingga ada yang sanggup menjalani rutin diet ketat ketika berpantang, namun ia menyebabkan kuantiti susu badan dihasilkan merundum.

“Daripada situlah tercetusnya idea untuk membantu golongan wanita berpantang untuk mendapatkan bentuk badan ideal tanpa perlu berasa tersiksa.

“Mereka boleh mencuba Effenzee Myracle Lotion kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang boleh membantu mereka bagi tujuan berkenaan, tambahan pula ia dirumus menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Zuriati berkata, antara bahan yang digunakan bagi menghasilkan losen berkenaan adalah empat jenis minyak yang bersumberkan daripada bunga matahari, jojoba, argan dan buah zaitun.

Selain itu, ia juga mendapat khasiatnya daripada vigetol ivy dan kolagen marine, sekali gus memberi nilai tambah kepada Effenzee Myracle Lotion.

“Semua kandungan tersebut dan lain-lain bahan yang digunakan membuatkan losen itu lebih efektif dalam membantu proses pembakaran lemak, malah ia juga bersifat sejuk dan mudah meresap ke permukaan kulit.

“Bukan itu sahaja, ia juga berbau wangi dan tidak melekit,” katanya bagi mengulas losen yang bersaiz 150 mililiter (ml) tersebut.

Menurut Zuriati, Effenzee Myracle Lotion boleh disapu pada mana-mana bahagian badan yang diinginkan pengguna, contohnya pada wajah jika mereka mahu mendapatkan efek V pada dagu.

“Mereka juga disarankan untuk menggunakan losen itu secara konsisten sebanyak lima kali sehari sekiranya mahu mendapatkan kesan dalam tempoh singkat,” katanya.

Tambah beliau, syarikatnya telah melakukan kajian selama lima bulan sebelum memasarkan Effenzee Myracle Lotion kerana mereka mahu memastikan ia benar-benar berkualiti serta bermanfaat kepada pengguna.

Disebabkan kualiti yang terdapat pada produk berkenaan, ujarnya, losen tersebut telah terjual kira-kira 12,000 unit dalam tempoh kurang sebulan sejak ia mula dipasarkan bulan lalu.

“Losen itu telahpun mendapat permintaan daripada pengguna daripada beberapa buah negara seperti Brunei, Singapura, Arab Saudi, Jepun dan Sepanyol,” katanya.