Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai masalah kulit sering terjadi dan antaranya adalah terdedah kepada radiasi dan cahaya matahari yang melampau.

Menyedari senario tersebut, pengeluar produk kesihatan dan kecantikan bumiputera terkenal, V’Asia telah menghasilkan pelbagai bentuk makanan suplemen yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat di negara ini.

Pengasasnya, Datuk Azril Mohd. Radzi berkata, antara produk yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan terutama kaum wanita di Malaysia ialah Advance White yang sarat dengan khasiat dan sumber bahan semula jadi seperti anggur, ceri acerola dan dan tomato bagi membantu mencerahkan kulit pengguna.

Katanya, Advance White berperanan secara khusus dalam membantu pengguna meningkatkan kecerahan kulit selain mengekalkan keanjalan serta kehalusan kulit.

“Dirumus daripada bahan-bahan bermutu tinggi dan kaya dengan khasiat seperti anggur, ia berfungsi dalam melambatkan proses penuaan kulit selain membantu menyingkirkan cela pada kulit seperti jerawat, jeragat serta parut.

“Ia juga diformulasi khas dalam membantu pengguna tidak kira lelaki mahupun wanita untuk melindungi kulit mereka daripada kerosakan akibat pancaran radiasi ultra ungu (UV) yang berbahaya,” katanya kepada Aura Juita baru-baru ini.

Tambah Azril, kandungan seperti buah anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang berperanan membantu proses penyembuhan luka dalam badan selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang.

Bukan itu sahaja, kandungan vitamin B2 yang turut terdapat pada buah anggur itu juga berfungsi menentang radikal bebas sekali gus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan kulit.

Menurutnya, kandungan kolagen yang diformulasi dalam Advance White merupakan struktur protein utama dalam kehidupan semula jadi yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan selain berupaya meningkatkan kehalusan dan keanjalan kulit secara berpanjangan selain menutup kedutan pada wajah.

“Kandungan tomato yang kita gunakan juga terbukti mampu membantu mengecilkan liang-liang pori, menghapuskan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada permukaan kulit seterusnya mengekang masalah kulit kusam agar kembali berseri-seri,” ujarnya yang menyatakan produk tersebut ditawarkan pada harga RM40 dengan berat bersih 400 gram.

Dalam pada itu, untuk mendapatkan kesan berganda, V’Asia turut menawarkan Glowhite yang merupakan tablet kunyahan berperisa seperti gula-gula dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja serta boleh dimakan pada bila-bila masa tanpa perlu dibancuh.

Jelas Azril, pengambilan Glowhite akan menjadikan tona kulit lebih cerah dan sekata, gebu, lembap, tegang selain membantu merawat masalah jerawat, bertindak sebagai agen antipenuaan dan meningkatkan sistem imunisasi badan

“Produk itu boleh diambil satu hingga dua biji sehari dan kesan mampu dilihat seawal satu minggu bergantung kepada hormon seseorang,” ujarnya yang menyatakan produk keluaran V’Asia boleh didapati di portal beli-belah online seperti Shopee dan Lazada.

Menyentuh mengenai bahan-bahan utama yang digunakan dalam menghasilkan tablet kunyahan tersebut, Azril menegaskan ia dirumus menggunakan kolagen yang berperanan membantu dan memperbaiki sel kulit mati sekali gus mencerahkan serta meremajakan kulit.

Ujarnya lagi, Glowhite dijual pada harga RM38 bagi Semenanjung Malaysia dan RM40 bagi Sabah dan Sarawak serta perlu diambil dua kali sehari pada sebelah pagi dan malam untuk keberkesanan berpanjangan.

Pada masa sama, V’Asia turut mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba dan mengamalkan Whitening & Lifting Soap dan Acne & Pigmentation Soap yang berfungsi membersih secara mendalam selain menganjal kulit wajah serta berperanan menghilangkan kesan pigmentasi sekali gus menaikkan seri wajah.

Pengguna tidak perlu bimbang dan was-was untuk menggunakan produk keluaran V’Asia kerana ia dihasilkan di kilang yang diiktiraf mengamalkan Amalan Perkilangan Baik (GMP) dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.