Selepas lima tahun berlalu, peristiwa itu tidak mengubah wajah asal Kampung Air Simunul yang sentiasa menampilkan keceriaan masyarakat kaum Bajau Laut terutamanya kanak-kanak.

Layanan yang mereka berikan kepada pengunjung luar amat baik sehingga ada penduduk menjemput tetamu datang ke rumah untuk menikmati makan tengah hari bersama mereka.

Biarpun hanya beberapa jam penulis berada di sana, momen wajah anak-anak Simunul berjaya dirakamkan. Mereka bebas melakukan aktiviti harian seperti mencari ketam dan siput laut, berniaga, pergi sekolah dan beriadah bersama keluarga.

Hampir keseluruhan kanak kanak di situ mahir berenang. Air laut ibarat sebuah padang bola tempat mereka bermain. Kampung Air Simunul merupakan tumpuan utama pelancong yang berkunjung ke Semporna.