Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejak 1 Januari sehingga 23 Julai lalu, sebanyak 35,886 kes kumulatif wabak itu direkodkan di seluruh negara.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan, Selangor mencatatkan kes paling tinggi dengan 10,823 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 4,203 kes.

Kes terbaharu dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur apabila sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2 ditutup selepas empat murid tahun tiga sekolah berkenaan disahkah dijangkiti wabak tersebut.

Berikutan itu, kesemua 36 murid di kelas berkenaan diberi cuti selama 10 hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dibuat selain memastikan pelajar lain di sekolah itu tidak dijangkiti wabak yang sama.