Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang Khamis lalu itu, tiga beradik yang maut berusia antara dua hingga lima tahun manakala empat yang parah termasuk ibu ketiga-tiga mangsa serta dua pelajar sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman, berkata ketika kejadian, lelaki yang dipercayai kurang siuman menceroboh masuk ke sebuah rumah didiami tiga mangsa dan ibunya yang berusia 35 tahun.

Katanya, suspek yang bersenjatakan parang melibas ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan hingga mengakibatkan kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.