Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah memberitahu, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 28 April ini manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei. 

Selain itu, beliau berkata, SPR menetapkan tempoh berkempen selama 11 hari bermula dari hari penamaan calon sehingga pukul 11.45 malam pada 8 Mei.

Jelas Mohd. Hashim, sebanyak RM500 juta diperuntukkan untuk PRU kali ini yang melibatkan 259,391 petugas yang dilantik dalam kalangan orang awam dengan 8,989 premis dijadikan sebagai pusat mengundi yang mempunyai 28,995 saluran.

Kerajaan pada Rabu pula mengisytiharkan tarikh 9 Mei ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi.