Siti Nurhaliza, 39, yang melahirkan bayinya menerusi pembedahan caesarean memohon agar diberi waktu sebelum mengumumkan nama dan wajah anaknya kepada khalayak ramai.

Bagaimanapun, ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar anaknya sehingga tular di media sosial.

Beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sepakat memilih Fatimah Az-Zahra sebagai nama panggilan sementara anaknya dalam tempoh se­minggu sebelum nama sebenar diumumkan.