PDRM juga mendedahkan, pemuda itu dan seorang lagi rakannya telah berada di negara ini sejak Januari lalu bagi merancang pembunuhan rakyat Palestin berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM juga tidak menolak kemungkinan kedua-dua penjenayah itu masih berada di negara ini tetapi sukar dijejaki kerana mereka disyaki menggunakan identiti palsu.

“Dipercayai kedua-dua suspek yang iras warga Eropah atau Timur Tengah itu sudah berada di Malaysia sejak akhir Januari lalu,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu.

Jenazah Fadi diterbangkan ke Kaherah, Mesir pada Rabu lalu sebelum dibawa pulang ke Gaza, Palestin untuk dikebumikan.