Dakwaan tersebut yang dikemukakan oleh penasihat kepada Presiden Tukri, Recep Tayyip Erdogan dikatakan menyamai apa yang dilaporkan oleh akhbar Washington Post bahawa Ankara sedang menyiasat kemungkinan mayat Jamal dilarutkan menggunakan asid.

“Kami mendapati bahawa mayat mangsa bukan sahaja dikerat-kerat, tetapi mereka memusnahkan mayat itu dengan melarutkannya,” kata penasihat Erdogan, Yasin Aktay kepada akhbar tempatan, Hurriyet minggu lalu.

Rabu minggu lepas, pendakwa raya Turki turut mengesahkan bahawa Jamal telah dicekik sebaik memasuki bangunan konsulat tersebut pada 2 Oktober lalu sebelum mayatnya dikerat dan dimusnahkan.

“Matlamat mereka adalah memastikan tiada saki- baki mayat mangsa yang tinggal. Ini adalah apa yang difahami daripada kenyataan pendakwa raya Turki,” kata Yasin lagi. – AFP