Kejadian bermula lewat Selasa lalu apabila seorang bayi dilaporkan hilang selepas didakwa diculik oleh individu yang tidak dikenali.

Selepas siasatan, mayat Adam Rayqal ditemui di bahagian sejuk beku peti sejuk dua pintu di rumah penga­suhnya.

Ketika ditemui, mayat mangsa masih lengkap de­ngan pakaian dan dibalut kain lampin serta disumbat di dalam beg berwarna hijau.

Susulan kejadian itu, dua wanita termasuk pengasuh mangsa telah direman seminggu bagi membantu siasatan polis.