Hakim Zaman Mohd. Noor menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Salah Salem Saleh Sulaiman, 46, selepas dia mengaku salah menerbitkan berita palsu menerusi rakaman klip video di akaun YouTube bertajuk ‘Pembunuhan Sheikh Al-Ghazawi Fadi Al Batsy di Kuala Lumpur, cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik wakil’.

Tertuduh menjadi individu pertama di negara ini menjalani hukuman di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan kerajaan pada 11 April lalu.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih enam tahun.