Gajah-gajah ini dilatih di santuari tersebut demi tugas utama mereka iaitu mengurangkan konflik antara haiwan dan manusia.

Pusat konservasi tersebut merupakan kawasan hutan terpencil di mana mahut atau pelatih gajah menjaga sebanyak 26 ekor gajah Asia yang diancam kepupusan.

Beberapa ekor gajah tersebut diselamatkan setelah tercedera akibat terkena perangkap pemburu haram.

Sejak beroperasi 30 tahun yang lalu, pusat konservasi tersebut telah menempatkan semula lebih 700 gajah liar ke habitat semula jadi mereka.

Banyak gajah di negara ini tercedera atau dibunuh kerana memasuki kebun dan penempatan manusia.

Sehingga kini, terdapat 1,200 ekor gajah Asia di Semenanjung Malaysia berbanding 1,700 ekor pada 2011. – AFP