Mohd. Helmy yang pernah diserang penyakit sawan ketika masih kanak-kanak mengusahakan pembuatan tabung buluh sejak 12 tahun lalu.

Dia mampu menghasilkan 20 hingga 3O tabung buluh sehari bergantung kepada jumlah ruas pada sebatang buluh yang diperolehnya.

Batang buluh yang diperoleh dari kawasan berdekatan dibersihkan dan digergaji bagi mendapatkan saiz yang sesuai untuk dibuat tabung.

Ia dijual pada harga RM30 hingga RM50 sebatang bergantung kepada saiznya. Selain boleh digunakan sebagai tabung untuk mendidik generasi muda menyimpan wang, ia juga dapat dijadikan sebagai satu produk kraf tangan untuk hiasan serta cenderamata.

Mohd. Helmy menjual tabung buluh tersebut di sebuah gerai di Kampung Baru Luar, Assam Jawa, Kuala Selangor.

Gerainya menjadi tarikan orang ramai yang melalui Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor. Kawasan itu menjadi laluan ke destinasi pelancongan kelip-kelip di Kampung Kuantan selain tarikan Cendol Bakar yang popular di Kampung Assam Jawa.