Rusia ketika itu merupakan anggota utama negara Kesatuan Soviet (USSR).

Sebelum itu, pemain utama di rantau berkenaan ialah Great Britain dan Perancis.

Asia Barat berada di kedudukan strategik di persimpangan tiga benua, merupakan hab pengeluaran hampir 50 peratus minyak dunia dan menjadi tempat asal tiga agama langit.

Penglibatan AS

Menurut pakar-pakar politik, penglibatan AS di Asia Barat antaranya adalah untuk mengekang Iran, monopoli minyak dan melindungi Israel dan terbaharu, memerangi elemen keganasan.

AS sendiri merupakan sebuah negara pengeluar minyak dunia, namun, Washington sejak dari dulu lagi cuba memastikan perdagangan komoditi bergelar ‘emas hitam’ dari Asia Barat itu berlangsung menggunakan mata wang dolar, dalam erti kata lain, kepentingan minyak AS di Asia Barat adalah kerana faktor petrol-dolar.

Dunia akur AS selaku negara tunggal yang boleh mencetak mata wang dolar sewenang-wenangnya tanpa perlu bimbang kepada ancaman inflasi. Matlamat itu dicapai kerana banyak negara di dunia mempunyai rizab besar mata wang dolar. Dalam erti kata lain, Asia Barat merupakan lubuk wang AS.

AS juga menjadikan Asia Barat gelanggang utama dasar luarnya terutama sekali semasa Perang Dingin selama beberapa dekad dengan USSR termasuk memberi lampu hijau, sokongan dan bantuan untuk Iraq menyerang Iran pada 22 September 1980 sehingga tercetusnya perang Iran-Iraq selama lapan tahun.

Washinton menjadikan pemimpin Iraq, Saddam Hussein sebagai ayam tambatan untuk mengalahkan rejim Ayatollah Khomenei, musuh ketat AS ketika itu.

Antagonis AS, Rusia dan sebelum ini USSR, melihat Asia Barat sebagai rantau untuk menjalin hubungan rapat dengan negara yang menjadi seteru Washington terutamanya Iran dan Syria.

Menurut Pusat Pengajian Strategi dan Antarabangsa, jejak Rusia di Asia Barat kebanyakannya terletak dalam bidang keselamatan.

Moscow mengambil peluang untuk menjual sistem persenjataan senjata bernilai berbilion-bilion dolar kepada negara sekutunya dan bukan sekutunya di rantau itu seperti Mesir dan Algeria.

Penganalisis-penganalisis politik berkata, Rusia tidak mempunyai hubungan perdagangan utama ataupun pelaburan besar di luar bidang ketenteraan di rantau itu.

Sebaliknya, Percaturan Moscow di Asia Barat adalah lebih kepada untuk mengimbangi kepentingan keselamatan dan pengaruh AS.

Konfrontasi

Konfrontasi antara dua kuasa besar itu di Asia Barat berlaku melalui negara proksi dan bukan pertembungan secara langsung.

Perang Iran-Iraq menyaksikan AS dan Barat menghulurkan bantuan kepada Baghdad, manakala Teheran banyak dibantu oleh USSR.

Namun, pada Jun 1967 seperti laporan akhbar The Guardian, USSR pernah mengancam tindakan ketenteraan terhadap sekutu paling rapat AS iatu Israel.

Moscow bersiap sedia melakukan pendaratan di pantai-pantai Israel untuk menghalang kemenangan mutlaknya dalam Perang Enam Hari dengan musuh-musuh Tel Aviv di Asia Barat.

Serangan itu, sekiranya berlaku, boleh merebak menjadi perang nuklear antara Washington dan Moscow, namun Israel akur dan menghentikan kemaraannya di bumi Arab.

Selepas USSR berkubur pada Disember 1991, Rusia melalui fasa perubahan dan pelarasan, mengakibatkan tumpuannya di Asia Barat berkurangan.

Satu-satunya pelabuhan tentera milik Rusia selepas era pasca-USSR ialah pangkalan tentera lautnya di Tartus, Syria.

Penglibatan Moscow di rantau itu juga sedikit berubah apabila Kremlin memandang serius ancaman militan terutamanya kumpulan Daesh. Militan Daesh menjadi satu-satunya faktor kesepakatan antara Pentagon dan Kremlin.

Seorang penulis Rusia, Dmitri Trenin pernah berkata, Rusia menyedari kekuatan dan sokongan rentas benua kepada militan dan pejuang Islam melalui pengalaman Moscow berperang dengan pejuang mujahidin di Afghanistan, manakala AS melebarkan perang antimilitannya selepas serangan ke atas bandar raya New York pada 11 September 2001.

Rusia sendiri mempunyai populasi umat Islam melebihi 10 juta orang.

Di pihak AS pula, perang menentang keganasan di Asia Barat di samping Aghanistan dan Pakistan dianggarkan menelan belanja lebih AS$5.6 trilion (RM21.8 trilion) sejak tahun 2001, manakala Presiden Donald Trump mendakwa bahawa kos membiayai perang tersebut mencecah AS$6 trilion (RM23.4 trilion).

Dasar luar

AS dan Rusia kembali hampir berperang selepas Moscow membuat keputusan untuk melindungi dan memperkukuhkan rejim Presiden Bashar Al-Assad yang merupakan sekutu paling rapatnya di Asia Barat.

Menurut penganalisis Pusat Dasar Global, Ariel Cohen, dasar luar Trump yang tidak jelas matlamatnya dan tanpa menambah baik hubungan dengan sekutu-sekutu utama boleh mengakibatkan negara kuasa besar itu hilang dominasinya di Asia Barat.

Pendirian Washington untuk bekerjasama dengan Iraq, menyokong perang Arab Saudi di Yemen dan mengiktiraf Baitulmuqaddis adalah contoh bagaimana ia ‘berpaling’ daripada dasar luar Presiden AS sebelum ini.

Rusia sebaliknya pula menampilkan dasar luar yang koheren. Presiden AS sebelum ini, Barack Obama mengisytiharkan “Bashar perlu pergi” semasa kebangkitan rakyat Syria pada 2011.

Presiden Rusia, Vladimir Putin menghantar sistem peluru berpandu S-300 ke Iran dan menempatkan misil lebih canggih, S-400 di Syria bagi melindungi dua sekutunya itu, bukti Moscow tidak pernah berganjak daripada dasarnya sebelum ini.

Percaturan Moscow di Asia Barat adalah lebih kepada untuk mengimbangi kepentingan keselamatan dan pengaruh AS

Di sinilah pentingnya masyarakat perlu melengkapkan diri untuk membezakan maklumat sebenar dan maklumat palsu. Mereka perlu menjadi le