Selepas seseorang itu mendapat tidur nyenyak pada waktu malam, otak mereka akan berada dalam keadaan berehat.

Seseorang yang baru bangun daripada tidur biasanya akan berasa keliru serta mamai dan memerlukan masa antara lima hingga ke 10 minit untuk sedar sepenuhnya selain menggerakkan semula sistem badan secara normal.

Para pakar daripada Perkhidmatan Klinik Tidur di Brisbane, Australia mencadangkan agar seseorang itu menetapkan masa selama 10 minit selepas terjaga daripada tidur sebelum bangun bagi memastikan badan mereka telah bersedia untuk memulakan rutin harian.

Pada kebiasaannya, seseorang hanya akan tidur apabila mereka berasa mengantuk atau letih dan membiarkan badan berehat dengan mendapatkan tidur yang cukup.

Memaksa badan yang letih untuk bekerja tanpa mendapat rehat yang cukup berisiko untuk menyebabkan seseorang individu mendapat masalah hilang ingatan dan mengalami penambahan berat badan.