Hafizh mencipta sejarah tersebut walaupun bermula dari barisan terakhir iaitu petak ke-23.

Beraksi di laman sendiri, Hafizh merupakan pelumba Asia Tenggara pertama beraksi dalam MotoGP.

Dia bersaing bersama pelumba terbaik dunia seperti juara MotoGP dari pasukan Repsol Honda, MarcM Marquez.

Pelumba berusia 24 tahun itu bukan sahaja membanggakan Malaysia tetapi mencuri tumpuan dunia apabila melakukan sujud syukur sebaik menamatkan perlumbaan tersebut.

Perlumbaan kelas utama itu dimenangi juara dunia 2018, Marquez yang mencipta masa terpantas 40 minit 32.372 saat (s), meninggalkan pencabar terdekat dari Suzuki Ecstar, Alex Rins di kedudukan kedua (40 minit 34.270s) dan Johan Zarco dari Monster Yamaha Tech 3 di tempat ketiga (40 minit 34.846s).

Berikut merupakan beberapa momen berharga Hafizh yang dirakamkan jurugambar Kosmo! menggunakan kamera jenis Fujifilm.