Berita itu disahkan sendiri Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud al-Mojeb dengan memberitahu, Jamal meninggal dunia selepas perbincangan di konsulat itu yang bertukar menjadi pergaduhan.

“Perbincangan yang berlaku antara dia (Jamal) dengan individu yang bertemunya di Konsulat Arab Saudi di Istanbul membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran dengan orang awam iaitu Jamal Kashoggi yang berterusan menyebabkan kematiannya,” kata peguam tersebut menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut laporan CNN, kerajaan Arab Saudi telah menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat kematian Jamal dan laporan mengenainya dijangka didedahkan dalam tempoh sebulan lagi.

Jamal, 59, yang merupakan siswazah Universiti Indiana State, Amerika Syarikat dan merupakan seorang kolumnis Washington Post sebelum ini kerap mengkritik pemerintah Arah Saudi melalui artikelnya. 
– Agensi