Pengeboman bertubi-tubi oleh tentera Syria dan militia pro-Bashar yang disokong Rusia itu menyasarkan beberapa buah bandar di Ghouta Timur termasuk Douma, Mesraba, Hammuriyeh dan Kafar Batna.

Serangan kejam itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 867 orang terbunuh termasuk lebih 178 kanak-kanak Sejumlah 50 serangan udara, kebanyakannya oleh jet pejuang Rusia dilancarkan di Ghouta Timur.

Rejim Bashar juga menguasai lebih 40 peratus wilayah tersebut selepas meneruskan kemaraan mereka minggu ini.

AHLI politik veteran yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia di kediaman anaknya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur pukul 6 pagi semalam.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara selepas solat Jumaat kira-kira pukul 3 petang pada hari yang sama.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Seri Nila Inangda Manyam Keumala Daud serta tujuh orang anak iaitu empat perempuan dan tiga lelaki.

Ketika hayatnya, Sanusi aktif dalam politik dan pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian pada 1986 sebelum menjadi Menteri Besar Kedah dari tahun 1996 hingga 1999.

Sanusi Junid meninggal dunia

Pakatan Harapan lancar manifesto