Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyaksikan terdapat parti politik tidak memenangi majoriti mudah seperti di Perak, Sabah dan Kedah sekali gus menjadikan pembentukan kerajaan negeri tergantung seketika.

Dalam hal ini, pihak Sultan dan Yang Dipertua negeri memainkan peranan penting dalam membuat pertimbangan siapakah Ahli Dewan Undangan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti mudah untuk dilantik mengetuai kerajaan negeri.

Secara keseluruhannya, dalam tempoh seminggu selepas PRU-14, kesemua kerajaan negeri berjaya dibentuk, kecuali Perlis, apabila Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri mengangkat sumpah dan seterusnya diikuti dengan pelantikan Exco-Exco kerajaan negeri.